Friday, 25 January 2013

Uwais Al-Qarni, terkenal di kalangan penduduk langit


Sedang melihat awan-awan yg tersergam indah menghiasi langit, tiba-tiba teringat akan penduduk langit yg juga tidak ketinggalan melihat gerak geri kita dibumi..
Bukan sahaja bumi yg mempunyai penduduk, malah langit juga turut mempunyai penduduknya tersendiri, penduduk yang telah diberikan tugasan-tugasan tertentu oleh Allah swt.. Teringat seorang hamba Allaah yg bernama Uwais al Qarni, yg hidup pda zaman Rasulullah saw, seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, berpenampilan cukup tampan.
Kulitnya kemerah-merahan. Dagunya menempel di dada kerana selalu melihat pada tempat sujudnya. Tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya.
Ahli membaca al-Quran dan selalu menangis, pakaiannya hanya dua helai dan sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya digunakannya sebagai selendang. Tiada orang yang menghiraukan, tidak terkenal dalam kalangan manusia,namun sangat terkenal di antara penduduk langit.
Tatkala datangnya hari Kiamat, dan tatkala semua ahli ibadah diseru untuk memasuki Syurga, dia justeru dipanggil agar berhenti dahulu seketika dan disuruh memberi syafa’atnya.
Ternyata Allah memberi izin padanya untuk memberi syafa’at bagi sejumlah bilangan qabilah Robi’ah dan qabilah Mudhor, semua dimasukkan ke Syurga dan tiada seorang pun ketinggalan dengan izin-Nya.
Dia adalah ‘Uwais al-Qarni’ siapalah dia pada mata manusia…
Tidak banyak yang mengenalnya, apatah lagi mengambil tahu akan hidupnya. Banyak suara-suara yang mentertawakan dirinya, mengolok-olok dan mempermainkan hatinya.
Tidak kurang juga yang menuduhnya sebagai seorang yang membujuk, seorang pencuri serta berbagai macam umpatan demi umpatan, celaan demi celaan daripada manusia.
Suatu ketika, seorang fuqoha’ negeri Kuffah, datang dan ingin duduk bersamanya. Orang itu memberinya dua helai pakaian sebagai hadiah. Namun, hadiah pakaian tadi tidak diterima lalu dikembalikan semula kepadanya. Uwais berkata:
“Aku khuatir, nanti orang akan menuduh aku, dari mana aku mendapatkan pakaian itu? Kalau tidak daripada membujuk pasti daripada mencuri.”
Uwais telah lama menjadi yatim. Beliau tidak mempunyai sanak saudara, kecuali hanya ibunya yang telah tua renta dan lumpuh tubuh badannya. Hanya penglihatan kabur yang masih tersisa.
Bagi menampung kehidupannya sehari-hari, Uwais bekerja sebagai pengembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup-cukup untuk menampung keperluan hariannya bersama ibunya. Apabila ada wang berlebihan, Uwais menggunakannya bagi membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan.
Kesibukannya sebagai pengembala dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya. Dia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya.
Uwais al-Qarni telah memeluk Islam ketika seruan Nabi Muhammad S.A.W tiba ke negeri Yaman. Seruan Rasulullah telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tidak ada sekutu bagi-Nya.
Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur. Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya menarik hati Uwais. Apabila seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, kerana selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran.
Banyak tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengarkan ajaran Nabi Muhammad S.A.W secara langsung. Sekembalinya di Yaman, mereka memperbaharui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam.
Alangkah sedihnya hati Uwais apabila melihat setiap tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah bertamu dan bertemu dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang dia sendiri belum berkesempatan.
Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengan sang kekasih. Namun apakan daya, dia tidak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah. Lebih dia beratkan adalah ibunya yang sedang sakit dan perlu dirawat. Siapa yang akan merawat ibunya sepanjang ketiadaannya nanti?
Diceritakan ketika terjadi perang Uhud Rasulullah S.A.W mendapat cedera dan giginya patah kerana dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Khabar ini sampai ke pengetahuan Uwais.
Dia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada Rasulullah, sekalipun ia belum pernah melihatnya.
Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tidak terbendung dan hasrat untuk bertemu tidak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, “Bilakah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah beliau dengan dekat?”
Bukankah dia mempunyai ibu yang sangat memerlukan perhatian daripadanya dan tidak sanggup meninggalkan ibunya sendiri. Hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa Rasulullah.
Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya. Dia meluahkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan untuk pergi menziarahi Nabi S.A.W di Madinah.
Sang ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau amat faham hati nurani anaknya, Uwais dan berkata,
“Pergilah wahai anakku! Temuilah Nabi di rumahnya. Apabila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang.”
Dengan rasa gembira dia berkemas untuk berangkat. Dia tidak lupa untuk menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama mana dia pergi.
Sesudah siap segala persediaan, Uwais mencium sang ibu. Maka berangkatlah Uwais menuju Madinah yang berjarak lebih kurang empat ratus kilometer dari Yaman.
Medan yang begitu panas dilaluinya. Dia tidak peduli penyamun gurun pasir, bukit yang curam, gurun pasir yang luas yang dapat menyesatkan dan begitu panas di siang hari, serta begitu dingin di malam hari. Semuanya dilalui demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras baginda Nabi S.A.W yang selama ini dirinduinya.
Tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Segera ia menuju ke rumah Nabi S.A.W, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam. Keluarlah sayyidatina ‘Aisyah R.A sambil menjawab salam Uwais.
Segera sahaja Uwais menanyakan Nabi yang ingin dijumpainya. Namun ternyata baginda tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati sang perindu, dari jauh ingin berjumpa tetapi yang dirindukannya tidak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi S.A.W dari medan perang.
Bilakah beliau pulang? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu, agar ia cepat pulang ke Yaman.
“Engkau harus lekas pulang.”
Atas ketaatan kepada ibunya, pesan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemahuannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi S.A.W.
Dia akhirnya dengan terpaksa memohon untuk pulang semula kepada sayyidatina ‘Aisyah R.A ke negerinya. Dia hanya menitipkan salamnya untuk Nabi S.A.W dan melangkah pulang dengan hati yang pilu.
Sepulangnya dari medan perang, Nabi S.A.W langsung menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad S.A.W menjelaskan bahawa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit dan sangat terkenal di langit.
Mendengar perkataan baginda Rasulullah S.A.W, sayyidatina ‘Aisyah R.A dan para sahabatnya terpegun.
Menurut sayyidatina ‘Aisyah R.A memang benar ada yang mencari Nabi S.A.W dan segera pulang kembali ke Yaman, kerana ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama.
Rasulullah S.A.W bersabda: “Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya.”
Sesudah itu Rasulullah S.A.W, memandang kepada sayyidina Ali K.W dan sayyidina Umar R.A dan bersabda:
“Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi.”

Tahun terus berjalan, dan tidak lama kemudian Nabi S.A.W wafat, hinggalah sampai waktu khalifah Sayyidina Abu Bakar as-Shiddiq R.A telah digantikan dengan Khalifah Umar R.A.
Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi S.A.W tentang Uwais al-Qarni, sang penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kepada sayyidina Ali K.W untuk mencarinya bersama.
Sejak itu, setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, mereka berdua selalu bertanya tentang Uwais al-Qarni, apakah ia turut bersama mereka. Di antara kafilah-kafilah itu ada yang merasa hairan, apakah sebenarnya yang terjadi sampai ia dicari oleh beliau berdua.
Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka. Suatu ketika, Uwais al-Qarni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah.
Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, segera khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka.
Rombongan itu mengatakan bahawa ia ada bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu, beliau berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qarni.
Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W memberi salam. Namun rupanya Uwais sedang melaksanakan solat. Setelah mengakhiri solatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman.
Sewaktu berjabat tangan, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk
membuktikan kebenaran tanda putih yang berada di telapak tangan Uwais,
sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi S.A.W.

Memang benar! Dia penghuni langit. Dan ditanya Uwais oleh kedua tamu tersebut,
“Siapakah nama saudara?”
“Abdullah.” Jawab Uwais.
Mendengar jawapan itu, kedua sahabat pun tertawa dan mengatakan,
“Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya?”
Uwais kemudian berkata “Nama saya Uwais al-Qarni.”
Dalam pembicaraan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia.
Itulah sebabnya, dia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan sayyidina Ali K.W. memohon agar Uwais berkenan mendoakan untuk mereka.

Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah,
“Sayalah yang harus meminta doa daripada kalian.”
Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata,
“Kami datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar daripada anda.”
Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qarni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdoa dan membacakan istighfar.
Setelah itu Khalifah Umar R.A berjanji untuk menyumbangkan wang negara daripada Baitulmal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera sahaja Uwais menolak dengan halus dengan berkata,
“Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi.”
Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam dan tidak terdengar beritanya.
Namun, ada seorang lelaki pernah bertemu dan dibantu oleh Uwais. Ketika itu kami berada di atas kapal menuju ke tanah Arab bersama para pedagang. Tanpa disangka-sangka angin taufan berhembus dengan kencang.
Akibatnya, hempasan ombak menghentam kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat. Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki yang mengenakan selimut berbulu di pojok kapal yang kami tumpangi, lalu kami memanggilnya.
Lelaki itu keluar daripada kapal dan melakukan solat di atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu.
“Wahai waliyullah, tolonglah kami!” Namun, lelaki itu tidak menoleh. Lalu kami berseru lagi,
“Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!”
Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata,
“Apa yang terjadi?”
“Tidakkah engkau melihat bahawa kapal dihembus angin dan dihentam ombak?” Tanya kami.
“Dekatkanlah diri kalian pada Allah!” Katanya.
“Kami telah melakukannya.”
“Keluarlah kalian daripada kapal dengan membaca Bismillahirrahmaanirrahiim!”
Kami pun keluar daripada kapal satu persatu dan berkumpul. Pada saat itu jumlah kami lima ratus lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan perahu kami serta isinya tenggelam ke dasar laut.
Lalu orang itu berkata pada kami,
“Tidak apalah harta kalian menjadi korban, asalkan kalian semua selamat.”
“Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan?” Tanya kami.
“Uwais al-Qorni.” Jawabnya dengan singkat.
Kemudian kami berkata lagi kepadanya,
“Sesungguhnya harta yang ada di kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir.”
“Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membahagi-bahagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?” Tanyanya.
“Ya!” Jawab kami.
Orang itu pun melaksanakan solat dua rakaat di atas air, lalu berdoa. Setelah Uwais al-Qarni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membahagi-bahagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tiada satu pun yang tertinggal.
Beberapa waktu kemudian, tersiar khabar Uwais al-Qarni telah pulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah banyak orang yang berebut untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafan, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafankannya.
Demikian juga ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya.
Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan,
“Ketika aku ikut menguruskan jenazahnya hingga aku pulang daripada menghantarkan jenazahnya, lalu aku ingin untuk kembali ke kubur tersebut untuk memberi tanda pada kuburnya, akan tetapi sudah tak terlihat ada bekas di kuburnya.”
(Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qarni pada masa pemerintahan sayyidina Umar R.A.)
Pemergian Uwais al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat menghairankan. Sedemikian banyaknya orang yang tidak kenal datang untuk mengurus jenazah dan pengebumiannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang.
Sejak dia dimandikan hingga jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang.
Mereka saling bertanya-tanya “Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tidak memiliki apa-apa? Kerjanya hanyalah sebagai penggembala?”
“Namun, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenali. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya.”
Agaknya mereka adalah para malaikat yang diturunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya. Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapa Uwais al-Qarni.
“Dialah Uwais al-Qarni, tidak terkenal di bumi tapi sangat terkenal di langit.”

Sunday, 9 December 2012

Aku hanya mampu berdoa untukmu dalam diam

"Ya Allah, andai sahabatku sesat dalam kabus perasaan, bukakanlah hatinya agar menerima petunjukMu. Andai dia diasak oleh 1001 godaan nafsu, bantulah dia dengan benteng imanMu. Andai dia kecewa dan terluka, balutlah jiwanya dengan kehebatan ayat-ayat suciMu. 

Andai dia tertarik pada laranganMu, payungilah dia dari ajakan iblis laknatullah itu. Mudah-mudahan cintanya hanya padaMu, rindunya hanya pada nikmatMu dan setianya hanya pada perintahMu." -Insya' Allah ♥



Sunday, 25 November 2012

Konflik Israel-Palestine sudah tercatat beribu ratus tahun terdahulu


Masya' Allah, rupanya konflik Israel-Palestine tercatat didalam ayat2 ini.

Terjemahan di dalam bahasa Melayu bermaksud:

[Al-Isra':4] Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) DUA KALI, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.


[Al-Isra':5] Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang PERTAMA dari dua itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah** dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.......(**Kisah pembebasan BaitulMaqdis oleh pahlawan Islam agung Salehuddin Al-Ayubi)

[Al-Isra':6] Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.

[Al-Isra':7] Jika kamu berbuat kebaikan, (maka) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) KALI KEDUA, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada KALI YG PERTAMA; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.

ALLAHUAKBAR! Peristiwa yang berlaku antara Israel dan Palestin telah pun Allah nyatakan dengan jelas dalam Al-Quran.

Friday, 2 November 2012

The Super Muslimah!!

Muhasabah sejenak, Di saat hati dan jasad tak berapa ‘sihat’, aku suka ingatkan diri aku sendiri. Super-Muslimah mesti kuat, mesti hebat. Takkan dijentik sikit ujian dah nak menangis. Takkan disentuh sikit dugaan nak melenting. Tak gentar, tak goyah walau diuji! Malah makin dekat, dekat dan dekat dengan Ilahi.
‘Ujian dan nikmat saling berkait’ memang betul. Mula-mula dapat nikmat, kita 
pun yeay! Sukaa. Dan lupa nak bersyukur. Lepas tu datang ujian, baru cari sejadah, cari al-Quran. Allah... ingatkan diri sendiri, masa susah kita cari Allah, tapi masa senang MESTI juga cari Allah.


So, selamat bermujahadah semuanya. :D jalan yg kita nak lalu ni panjang, lepas tu banyak duri. Semestinya utk jadi ‘supermuslimah’ banyak rintangan yg kena lalu :')
Hati tersentuh..
Walaubagaimanapun, Terima kasih pada seseorang yang pernah share satu hadis ini;
 "(Jalan ke) Syurga dipenuhi dengan rintangan-rintangan dan (jalan ke) neraka dipenuhi dengan syahawat" .
 (HR Muslim, no7308, dari Anas Bin Malik radhiyallaahu 'anhu-)

Status : Hati terubat serta merta pada waktu tu. Terima kasih Allah!! Engkau memujukku melalui dia :) Engkau Rahmati dan sayangi dia serta ampunilah dosa-dosanya.

-Srikandi Umar

Sunday, 28 October 2012

Aduhai Syabab~


Ya Syabab! Sibukkanlah dirimu...

Fokuslah membina mindamu dengan cahaya ilmu.
Fokuslah membina peribadimu dengan haruman akhlak.

Fokuslah memperbaiki hubungan dengan Allah.
Fokuslah memperbaiki hubungan dengan manusia.

Allah menantimu!
Islam menantimu!
Ummah menantimu!
Dirimu syabab harapan agama!
Takbeer!!

Menjahit lembaran iman

Gantikan hatiku dengan hati yang baru ya Rabb.

Hati yang angaukan-Mu.
Hati yang cinta mati pada-Mu.
Hati yang rindu berat terhadap-Mu.
Hati yang 24/7 sentiasa mengingatkan-Mu.

Hati yang mendalam rasa cinta terhadap-Mu.
Hati yang takut pada-Mu.
Hati yang harap hanya pada-Mu.

Kuatkan jiwa hamba dalam bermujahadah.

Teguhkan kesabaran hamba dalam bertahan.

Allahumma ameen :'(

Lumrah CINTA hanya SATU

  Lumrah cinta tiada dua sebab hati akan cenderung pada yang satu


Bismillaahirrahmaanirrahiim. In The Name Of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful. Salaam to all readers =)) Alhamdulillah, dapat meluangkan sedikit waktu untuk menulis blog ana.. Insya' Allah, selagi ada usia yang berbaki dikandung hayat, selagi itu akan terus menulis dan memberikan sedikit ilmu untuk dikongsi bersama ^^ Insya' Allah~

LUMRAH CINTA TIADA DUA. Hmm, betul? Hati tidak akan mampu berdusta, kalau antara dua A dan B, kita cuma mampu memilih salah satunya, sebab hati cenderung mencintai cuma SATU,


Okay jom lihat equationnya, Analogi lebih dekat untuk difahami.



Memperkenalkan A dan B ( bukan nama sebenar, hehe ^^). Mereka saling menyayangi namun bila A menyedari B sebenarnya lebih sayang pada orang lain yang bernama C berbanding A,
Maka terciptalah satu dialog between mereka :

Berkata c B : "Maaf, aku tidak boleh tipu diri sendiri, ternyata saya lebih sayangkan dia dari awak :'( maaf, aku rasa perpisahan ini adalah yang terbaik. Rupanya kita tersalah memberi cinta.. Sorry Dorry Strawberry A"

------- habis cewite (cerita) -----


Cinta Dunia ataupun Cinta Akhirat; Kita yang pilih. Kalau kita mengejar dunia Akhirat meninggalkan kita, tapi kalau kita mengejar Akhirat, Dunia akan bersama kita. Untungkan? :')

Mencintai Dunia lebih dari Akhirat, membuatkan seseorang itu rugi kelak. Seseorang itu akan disibukkan dengan apa yang dicintainya. Sebagai Contoh, apabila kita fall in love with someone, kita pasti akan ingat orang yang dicintai itu. Sibuk untuk dating, SMS, WhatsApp, Fb, sibuk nak ikut cakap si dia. Yes, sebab kita disibukkan dengan kecintaan masing-masing.

Saya? sibuk menulis.. hehe :3

okay back to Dunia Vs Akhirat,

Ramai yang terlupa soal Akhirat (termasuk yang menulis artikel ni) . Terlupa sebenarnya kehidupan sebenar di alam sana, Akhirat. Pernah terfikir, amal apa yang kita bekalkan untuk di akhirat sana nnti? :') Kita dihidupkan Allah, di atas muka bumi ini adalah untuk beribadat dan beramal kepadaNya, dan semuanya kita harus persiapkan untuk kehidupan sebenar kita disana :')

tanpa kita sedar, kita terlalu bertungkus lumus dalam hal keduniaan, bersungguh-sungguh mencari kekayaan sehingga terlupa hal-hak-ukhrawi. Ya lumrah cinta tiada dua, sama ada cinta dunia mahupun cinta akhirat, semuanya terletak pada pilihan kita. Memilih Kesesatan atau memilih Keimanan.

Dunia diciptakan untuk manusia dan manusia diciptakan untuk Akhirat. Hiup di dunia untuk dibawa bekal ke alam yang lebih kekal, Akhirat. Ramai di kalangan umat islam yang mengaku sebagai orang islam, namun realiti kehidupan mereka langsung tidak mencerminkan keperibadian seorang muslim. Benarlah sebagaimana yang digambarkan Rasulullah s.a.w letika ditanta oleh para sahabat tentang keadaan umat islam di akhir zaman.

" Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat islam akan lemah. Di atas kelemahan itu orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."

Maka para sahabat bertanya, "Apakah ketika itu umat islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"
Sabda baginda s.a.w :
"Bahkan masa itu mereka lebih ramai dan tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka ibart buih di lautan.
Sahabat bertanya lagi " Mengapa seramia itu tetapi seperti buih di lautan?"
 Jawab Rasulullah s.a.w :
"Kerana 2 penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."
Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?" Rasulullah SAW bersabda, Cintakan dunia dan takut akan kematian"

Apabila seseorang mencintai Allah, maka Allah akan mencintainya. Dan apabila seseoranng dicintai Allah, maka hidup dan matinya akan dipermudahkan oleh Allah.

 Habis madu Sepah dibuang

Allah dah bagi kita nikmat, kita rasa, kita dapat, kita nikmati, lepas tu tidak bersyukur.. Sungguh, Dialah kecintaan UTAMA kita melebihi yang lain, biar kita dapat merasai kemanisan iman. Jangan jadikan iman semakin tawar dan hambar. Bila hambar, itu yang kita rasa bosannya solat, bosannya majlis-majlis ilmu, kurang berjemaah, hatta surau atau masjid di hadapan rumahmu sendiri -,-"

Yes, and of course, di samping mengejar Akhirat, Dunia tidak dilupakan. Jangan berat sebelah, seimbangkan. That's why, if kita berusaha mengejar Akhirat, dunai bersam kita, insya' Allah.. bagaimana hendak seimbangkan, terletak pada usaha sendiri. Usaha yang menjdaikan kita tidak rugi. So, have we decided? Dunia or Akhirat? Pilih, pilih~ jangan tak pilih~ usahalah untuk mendapatkannya kedua-dua sekali. Jangan jadi manusia yang rugi, Dunia ketinggalan, Akhirat pula melepas~~ :')

Thatz all prom me ;3 Allah 'alam :)

Salam Mujadahah