Alhamdulillah. I feel great today! Very enthusiastic and alive. Thanks to Allah for giving me another chance to be able to breathe again so that I have the chance to repent all the sins and mistakes that I've done.
Talking about having a great day, a great day must be due to a great start, am I right? (Or perhaps, occurence of event(s) that triggers it afterwards?) How to have a great start then? Do Nescafe or any caffein containing products will do?
My suggestion is to turn your heart to Allah first! (A call upon myself too). Subuh prayer, reciting Mathurat or perhaps tahajud the night before can give huge amount of momentum to yourself to start the day enthusiastically.
And after that, keep your head in the right direction by sticking to the schedule, preferably planned before you went to sleep on the previous night. If you haven't planned any, then take about 10 minutes to plan your day well. By planning, you won't lost track since you know well what you should accomplish that day, on time.
Enough tips. Now, today's entry is about a few verses from Surah Az Zumar.Let's us take lessons from the verses, shall we?
❖ Surah Az Zumar (Ayat 53-58) ❖
53. Katakanlah," Wahai hambaku-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang
Asbabun Nuzul ayat 53:
Ibnu Abbas r.a. menerangkan, bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan kaum Musyrik (yang gemar melakukan pembunuhan dan penzinaan) yang suatu hari bertanya kepada Rasulullah S.A.W ,"Sesungguhnya seruanmu adalah baik. Kerana itu, katakanlah apa yang harus kami lakukan untuk menghapus semua dosa kami?," (HR Bukhari & Muslim)
54. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu, kemudian kamu tidak dapat ditolong.
55. Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu (al-Quran) dari Tuhanmu sebelum datang azab kepadamu secara mendadak, sedangkan kamu tidak menyedarinya.
56. Agar jangan ada orang yang mengatakan, "Alangkah besar penyesalanku atas kelalaianku dalam (menunaikan kewajipan) terhadap Allah, dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang memperolok-olokkan (agama Allah),"
57. Atau (agar jangan) ada yang berkata "Sekiranya Allah memberikan petunjuk kepadaku, tentulah aku termasuk orang-orang yang bertakwa,"
58. Atau (agar jangan) ada yang berkata ketika melihat azab, "Sekiranya aku dapat kembali (ke dunia) tentu aku termasuk orang-orang yg berbuat baik,"
❖ Peringatan Buat Hatiku ❖
1. Sentiasalah bertaubat. Setiap insan tidak terlepas dari melakukan dosa dan walau di saat ini sekalipun, siapakah yang benar-benar berani mengatakan bahawa dia tidak melakukan dosa walau secebis pun?
Manusia sememangnya mempunyai keinginan yg tersendiri dan itulah fitrah manusia yang adakalanya membawa seseorang itu ke lembah kemaksiatan dan dosa, namun kembalilah juga kepada fitrah bertuhan dan sentiasalah memohon ampun dan bertaubat kepadanya. Dalam bertaubat, diri hendaklah:
*Benar-benar menyesal dengan dosa yang dilakukan
*Berazam tidak mengulangi dosa dan kesilapan yg sama
*Memohon maaf andai ia melibatkan hak orang lain (mencuri dan sebagainya)
Taubat itu menghapuskan dosa-dosa manusia, maka jangan pernah sesekali manusia berputus asa dengan rahmat Allah. Allah SWT suka akan pengampunan, maka senantiasalah memohon ampun kepadaNya. Semoga Dia memperkenankan doamu dan menghapuskan segala dosa-dosamu.
2. Manusia tidak tahu bila ajal akan datang mengunjunginya, maka sentiasalah bersedia untuk menghadapi sebuah kematian. Perbanyakkan amal dan sentiasa memohon keampunan darinya. Sebagaimana kita mahukan kejayaan yg tinggi melangit di dunia, sebagaimana itulah juga kita harus berharap untuk berjaya di akhirat kelak.
Kejayaan yang diimpikan di akhirat haruslah lebih hebat dari kejayaan di dunia, maka berusahalah untuk meraihnya. Dan ketahuilah bahawa kejayaan di akhirat itulah sebenarnya kejayaan yang hakiki sedangkan kejayaan di dunia ini hanyalah bersifat sementara. (Fight for True Distinction!)
3. Kembalilah kepada fitrah bertuhan. Tuhan itu hanyalah satu, yakni Allah S.W.T. Jangan hanyut dengan nikmat dunia sehingga boleh menyebabkan azab di akhirat kelak. Antara kehanyutan yang sering berlaku di zaman ini;
* Terasa bangga dgn kelebihan dan nikmat yg diberikan oleh Ilahi sehingga memandang rendah keupayaan orang lain
* Menggunakan nikmat yang diberikan Allah untuk sebuah kemungkaran
- Susuk badan yang cantik itu ditayangkan sewenang-wenangnya dengan memakai pakaian yang ketat-ketat
- Kekayaan dan rezeki yg diberikan Allah dihalakan kepada kemaksiatan
- Kecantikan wajah digunakan untuk agenda godaan (direct or indirect)
* Terasa hebat dengan diri sendiri sehingga menolak segala kritikan dan teguran dan tidak mempunyai keinginan belajar untuk menampung segala kekurangan diri
* Tidak menjaga lidah sebaiknya - sewenang-wenangnya mengumpat dan mengata apabila melihat kekurangan dan kelemahan orang lain
* Tidak menjaga hati sebaiknya - berhasad dengki apabila melihat ada orang lain yang lebih berjaya dan lebih menarik darinya
4. Jadikanlah Al-Quran sebagai panduan. Al Quran adalah untuk difahami dan dipraktikkan, bukan sekadar membacanya tanpa mengerti apa-apa dan berhujah menggunakannya. Praktikkan apa yang diajar Quran dan Sunnah dalam kehidupan seharian dan jadikanlah Islam sebagai benar-benar gaya hidupmu!
Seruan Buat Diri
Lakukanlah perubahan pada hari ini juga untuk mengelakkan penyesalan di kemudian hari. Allah telah menceritakan di dalam Al Quran tentang pelbagai jenis ragam manusia di akhirat kelak. Ada yang meminta agar dihidupkan kembali (agar dapat berbuat amal dan menyembah Allah), ada yang bertelagah di dalam neraka; saling menyalahkan antara satu sama lain dan ada juga yang hidup bahagia di syurgaNya.
Cuba bermuhabasah dan tanya pada diri, dalam golongan manakah akan kita berada satu hari nanti?
Sama-samalah kita memperbanyakkan amal dan bersedia untuk sebuah kematian yang tibanya tidak dapat dijangka; mungkin hari ini, esok, lusa ataupun seminit sahaja lagi?
Semoga Allah meletakkan kita dalam golongan para syuhada yang mati berjihad di jalanNya. Allahumma Ameen.
✿ A Gentle Reminder To Myself ✿
1. Allah is watching you; every second, every minute, everyday! -It's a 24hour CCTV- Please behave!
2. Tiada isitilah putus asa dalam kamus hidup. Fight for your dreams! Fight for the cause of Allah!
3. Senantiasa ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara! Do things Lillahi Ta'ala. Perbetulkan niat kalau ada yang terpesong dari landasan yg seharusnya!
4. Bersabar itu separuh daripada iman. Pasti ada hikmah di sebalik kelewatan dan pasti ada kekucar-kaciran andai ia dipercepatkan.
"Ketetapan Allah pasti datang, maka janganlah kamu meminta agar dipercepat (datangnya). Maha Suci Allah dan Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka persekutukan," (An Nahl: 1)
6. Selalulah mengingati Allah di saat senang dan susah. Apa sahaja yang menggembirakan dan menyedihkan hatimu itu sememangnya diwujudkan khas untukmu oleh Ilahi dan ianya pasti mempunyai asbab (sebab) dan hikmahnya. Usahlah bersedih di sebalik sebuah kesulitan kerana sebuah kesenangan dariNya akan menemanimu sepanjang perjalanan meniti kerikil hidup.
❖ Peliharalah Allah, nescaya engkau akan dapatiNya di hadapan engkau.
❖ Kenalilah Allah ketika senang, nescaya Dia akan mengenalimu ketika susah.
❖ Ketahuilah bahawa apa-apa yang tidak (ditakdirkan) menimpamu, ia tidak akan menimpamu.
❖ Dan apa-apa yang menimpamu, bukannya ia tersilap menimpamu.
❖ Ketahuilah bahawa kemenangan itu ada bersama kesabaran, terlepas dari kesempitan itu ada bersama kesusahan, dan bersama kesusahan itu ada kesenangan
(Hadis Riwayat Al Tabarani)
7. Jangan takut dengan sebuah kekurangan kerana adakalanya kekurangan itu sebenarnya satu tarikan/ kelebihan!
8. Jangan pernah merasa cukup dan serik dengan ujian dan dugaan yg menimpa hati sedangkan hatimu itu masih memerlukan didikan dari Yang Ilahi. Andai ada ujian yg datang menyinggah, maka terimalah ia dengan hati terbuka dan mohonlah petunjuk dan pertolongan dariNya.
May Allah give His Barakah and bless us. Ameen :)