Sunday, 25 November 2012

Konflik Israel-Palestine sudah tercatat beribu ratus tahun terdahulu


Masya' Allah, rupanya konflik Israel-Palestine tercatat didalam ayat2 ini.

Terjemahan di dalam bahasa Melayu bermaksud:

[Al-Isra':4] Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) DUA KALI, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.


[Al-Isra':5] Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang PERTAMA dari dua itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah** dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.......(**Kisah pembebasan BaitulMaqdis oleh pahlawan Islam agung Salehuddin Al-Ayubi)

[Al-Isra':6] Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.

[Al-Isra':7] Jika kamu berbuat kebaikan, (maka) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) KALI KEDUA, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada KALI YG PERTAMA; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.

ALLAHUAKBAR! Peristiwa yang berlaku antara Israel dan Palestin telah pun Allah nyatakan dengan jelas dalam Al-Quran.

Friday, 2 November 2012

The Super Muslimah!!

Muhasabah sejenak, Di saat hati dan jasad tak berapa ‘sihat’, aku suka ingatkan diri aku sendiri. Super-Muslimah mesti kuat, mesti hebat. Takkan dijentik sikit ujian dah nak menangis. Takkan disentuh sikit dugaan nak melenting. Tak gentar, tak goyah walau diuji! Malah makin dekat, dekat dan dekat dengan Ilahi.
‘Ujian dan nikmat saling berkait’ memang betul. Mula-mula dapat nikmat, kita 
pun yeay! Sukaa. Dan lupa nak bersyukur. Lepas tu datang ujian, baru cari sejadah, cari al-Quran. Allah... ingatkan diri sendiri, masa susah kita cari Allah, tapi masa senang MESTI juga cari Allah.


So, selamat bermujahadah semuanya. :D jalan yg kita nak lalu ni panjang, lepas tu banyak duri. Semestinya utk jadi ‘supermuslimah’ banyak rintangan yg kena lalu :')
Hati tersentuh..
Walaubagaimanapun, Terima kasih pada seseorang yang pernah share satu hadis ini;
 "(Jalan ke) Syurga dipenuhi dengan rintangan-rintangan dan (jalan ke) neraka dipenuhi dengan syahawat" .
 (HR Muslim, no7308, dari Anas Bin Malik radhiyallaahu 'anhu-)

Status : Hati terubat serta merta pada waktu tu. Terima kasih Allah!! Engkau memujukku melalui dia :) Engkau Rahmati dan sayangi dia serta ampunilah dosa-dosanya.

-Srikandi Umar