Apa itu aurat?
Aurat adalah suatu kehormatan diri bagi seseorang, yang wajib dijaga dan dipelihara sepanjang masa. Walau di dalam apa jua keadaan, menjadi kewajipan ke atas umat Islam menutup aurat. Definisi lain ialah sesuatu yang tidak dibenarkan wanita mempersembahkannya di hadapan lelaki ajnabi ataupun sebaliknya.
Dalil-dalil berkenaan penjagaan aurat :
Maksud ayat al-Quran,
Wahai anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah dan berhias pada tiap-tiap kali kamu pergi tempat ibadat ( masjid ) dan makan serta minumlah. Dan jangan kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas.(Al-A`raaf 7:31)
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Aurat mukmin terhadap mukmin yang lain adalah haram.”
(Hadith Riwayat Aththahawi)
“Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau budak(hamba) wanita yang kamu miliki. Aku bertanya, ‘Ya Rasulullah, bagaimana kalau dia sedang bersendirian?’ Nabi saw menjawab, “Allah lebih berhak (patut) kamu berasa malu.” (Hadith Riwayat Bukhari)
“Jika seorang anak wanita telah mencapai usia baligh, tidak pantas terlihat darinya selain wajah dan kedua telapak tangannya sampai bahagian pergelangannya.”
(Hadith Riwayat Imam Abu Daud daripada Qatadah)
Jadi berdasarkan dali-dalil di atas menjadi kewajipan ke atas kita menjaga aurat,Maka hukum di sini jika kita membukanya adalah haram dan ditegah dalam agama. Kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu contohnya untuk perubatan. Orang-orang yang suka mendedah aurat mereka pasti akan di azabkan dengan azab yang pedih di akhirat kelak.
Batasan-batasan aurat :
A.Aurat di khalayak awam
1. Aurat lelaki di khalayak ramai ialah antara pusat dan lutut. Namun begitu dia dilarang keluar rumah seperti ke pejabat atau pasar hanya dengan menutup bahagian itu kerana nilai adab turut dihormati oleh Islam dalam pembinaan syarak.
2. Aurat perempuan di khalayak ramai ialah seluruh tubuh badan, kecuali muka dan dua tapak tangan. Namun jika wajah yang dimilikinya sangat cantik, sehinggakan menimbul fitnah, wajib ditutup wajahnya.
B.Aurat dengan ahli keluarga (mahram sahaja)
1. Bagi Lelaki, antara pusat dan lutut
2. Bagi perempuan, antara pusat dan lutut
C.Aurat sesama jantina (dengan syarat tiada fitnah)
1.Aurat Lelaki dengan lelaki, antara pusat dan lutut
*Jika menimbulkan fitnah wajib ditutup seluruh tubuh badan.
D.Aurat ketika berkhalwat di dalam bilik (sunyi dari pandangan)
1.Aurat lelaki, antara pusat dan lutut dan setengah ulama berpendapat hanya dua kemaluan yang wajib ditutup.
2. Aurat perempuan, antara pusat dan lutut
Etika menutup aurat
1.Berpakaian mengikut garisan syarak, yang mana mesti menutup aurat. Aurat bagi lelaki ialah antara pusat hingga ke lutut. Bagi perempuan ialah seluruh tubuh badannya, kecuali muka dan kedua tangan hingga ke pergelangannya. Aurat ini wajib ditutupi dari pandangan penglihatan manusia umum. Haram diperlihat dan haram melihatnya.
2.Tidak menyerupai dengan kaum yang engkar kepada Allah. Seperti pakaian ahli gereja, ahli ibadat agama lain atau pakaian yang menjadi symbol kepada ahli kemungkaran, seperti ahli muzik, pelacur dan sebagainya.
3.Pakaian yang dipakai mestilah menutup susuk tubuh badan. Iaitu pakaian yang longgar dengan kesesuaian tubuh badan. Pakaian yang ketat atau sendat, tetap haram sekalipun pada zahir ia telah menutup aurat. Ia adalah kerana susuk tubuh badan merupakan aurat yang perlu dijaga.
4. Pakaian yang tidak bercorak atau berwarna-warni, yang ada daya penggamit pandangan.
Hukum melihat aurat
Haram bagi seseorang melihat kepada aurat orang lain sekalipun sesama jenis, seperti melihat seorang lelaki kepada aurat seorang lelaki dan perempuan melihat aurat perempuan. Lebih berat lagi jika memandang kepada aurat yang berlainan jenis seperti seorang lelaki melihat kepada aurat perempuan dan sebaliknya. Apatah lagi melihat kepada artis perempuan masa kini
Dimaafkan jika terlihat sekilas pandangan sahaja, tanpa memakukan pandangan ke tempat haram tersebut atau mengikuti pandangan pertama dengan pandangan kedua Namun jika melihat kepada aurat sendiri ia dimakruhkan, samada seorang lelaki ataupun perempuan. Makruh juga membuka aurat di tempat yang sunyi dari pandangan manusia seperti di dalam bilik secara bersendirian.
Jika terpaksa, seperti perubatan, harus bagi seorang ahli perubatan sesama jenis dengan pesakit melihat kepada aurat pesakit tersebut, tanpa ada mahram yang menemani. Seperti ahli perubatan perempuan melihat kepada aurat pesakit perempuan dan sebaliknya. Jika ahli perubatan berlainan jenis dengan pesakit, seperti ahli perubatan lelaki dan pesakit perempuan, diwajibkan ada bersama mahram yang menemani dan dengan syarat tiadanya ahli perubatan perempuan di sana. Ketika ini, haruslah melihat kepada aurat pesakit tersebut.
Sejauhmana keharusan lelaki melihat kepada wanita?
Harus lelaki memandang wanita tetapi dengan tiga syarat;
1. Melihat kepada tempat bukan aurat (iaitu muka dan tangan sahaja). Adapun kepada aurat dilarang sama sekali sekalipun tanpa syahwat.
2. Melihat tanpa disertai syahwat. Jika dengan syahwat, haram melihatnya sekalipun pada tempat yang bukan aurat.
3.Tidak dikhuatiri mendatangkan fitnah.
Larangan melihat kepada aurat berdalilkan sabda Nabi s.a.w.;
Harus lelaki memandang wanita tetapi dengan tiga syarat;
1. Melihat kepada tempat bukan aurat (iaitu muka dan tangan sahaja). Adapun kepada aurat dilarang sama sekali sekalipun tanpa syahwat.
2. Melihat tanpa disertai syahwat. Jika dengan syahwat, haram melihatnya sekalipun pada tempat yang bukan aurat.
3.Tidak dikhuatiri mendatangkan fitnah.
Larangan melihat kepada aurat berdalilkan sabda Nabi s.a.w.;
لاَ يَنْظُرُ الرَّجُلُ إِلَى عَوْرَةِ الرَّجُلِ وَلاَ الْمَرْأَةُ إِلَى عَوْرَةِ الْمَرْأَةِ، وَلاَ يُفْضِي الرَّجُلُ إِلَى الرَّجُلِ فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ، وَلاَ تُفْضِي الْمَرْأَةُ إِلَى الْمَرْأَةِ فِي الثَّوْبِ الْوَاحِدِ
“Janganlah lelaki melihat kepada aurat lelaki lain, janganlah wanita melihat aurat wanita lain. Jangan lelaki sesama lelaki berada di dalam satu pakaian dan janganlah wanita bersama wanita berada dalam satu pakaian” (HR Imam Muslim dari Abi Sa’id al-Khudri r.a.)
Apa hukum bersentuhan antara lelaki dan perempuan?
1. Jika hubungan mereka adalah suami-isteri, harus mereka saling bersentuhan tanpa ada had dan batasan, yakni harus bagi suami atau isteri menyentuh mana-mana bahagian dari badan pasangan masing-masing tanpa sebarang pengecualian.
2. Jika hubungan mereka adalah sesama mahram; harus mereka bersentuhan –sama ada bersalaman, memegang atau sebagainya-, akan tetapi khusus bagi kawasan yang bukan aurat sahaja, iaitu kawasan yang harus dilihat oleh mahram. Adapun kawasan aurat, tidak harus menyentuhnya sekalipun sesama mahram. Kaedahnya; “Bahagian yang tidak harus dilihat, maka menyentuhnya juga tidak harus. Bahagian yang harus dilihat, maka menyentuhnya juga harus (dengan syarat tanpa syahwat dan tidak mendatangkan fitnah)”.
3. Jika mereka adalah ajnabi (tiada hubungan sebagai suami-isteri atau hubungan mahram); tidak harus sama sekali bersentuhan termasuk bersalaman.
Apa dalil larangan bersentuhan antara lelaki dan wanita yang ajnabi?
1. Saidatina ‘Aisyah r.a. menceritakan;
وَاللَّهِ مَا مَسَّتْ يَدُهُ يَدَ امْرَأَةٍ قَطُّ فِي الْمُبَايَعَةِ وَمَا بَايَعَهُنَّ إِلَّا بِقَوْلِهِ
“Demi Allah, tidak pernah sekalipun tangan Nabi s.a.w. menyentuh tangan wanita semasa berbai’ah. Baginda tidak membai’ah mereka melainkan dengan ucapannya sahaja” (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).
Sekiranya antara lelaki dan bin Yasar r.a.; bahawa Nabi s.a.w. bersabda;
لأَنْ يُطْعَنَ فِي رَأْسِ أَحَدِكُمْ بِمِخْيَطٍ مِنْ حَدِيدٍ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرَأَةً لا تَحِلُّ لَهُ
“Jika kepala seseorang dari kamu ditusuk dengan jarum dari besi itu lebih baik baginya dari ia menyentuh seorang wanita yang tidak halal untuknya” (Riwayat Imam at-Thabrani dan al-Baihaqi. Berkata al-Haithami; para perawi hadis ini adalah perawi hadis soheh. Berkata al-Munziri; para perawinya adalah tsiqah Lihat; Faidhal-Qadier, hadis no. 7216).
Benarkah ada ulamak yang mengharuskan lelaki bersalaman dengan wanita yang telah tua yang tiada lagi syahwat?
Ya, iaitu ulamak-ulamak mazhab Hanafi. Mereka berpandangan;harus seorang lelaki bersalaman dengan seorang wanita tua yang tidak lagi ada syahwat/keinginan kepadanya. Begitu juga, harus seorang wanita bersalaman dengan lelaki tua dengan syarat aman dari fitnah (yakni aman dari dorongan nafsu sama ada dari dirinya atau dari diri lelaki tua itu). Jika tidak aman dari fitnah, tidak harus bersalaman.
Namun menurut jumhur ulamak; haram bersalaman antara lelaki dan wanita ajnabi sama ada muda atau tua, sama ada masih ada syahwat atau tiada syahwat kerana dalil-dalil tadi menyebutkan pengharaman secara umum tanpa adanya pengecualian.(Fiqh al-Albisah wa az-Zinah, hlm. 108.)
Diharapkan kita semua dapat memperbaiki diri,untuk jadi lebih baik dari sebelumnya.Tutuplah aurat sesempurna mungkin.Kita hak Allah,Allah yang berhak ke atas kita,bila Allah suruh kita tutup aurat..Kita terus patuh,tidak perlu berfikir 2 3 kali...
Jika memang tak nak tutup aurat, engkar padaNya,jangan sesekali tinggal di bumiNya...Malulah dengan Allah..
Sama-sama beringat..dan sama-sama memperbaiki diri,insyaAllah.
No comments:
Post a Comment