Sunday 11 September 2011
Kalaulah muslimin tahu,muslimah itu...
" Suatu hari,dalam kesibukan bergotong-royong membersihkan kawasan asrama,datang dua orang muslimin berdekatan dengan Nur. Datangnya mereka ke situ bukan untuk mengacau Nur, sebaliknya untuk mengangkat sesuatu yang berat di situ untuk dibuang kerana mengganggu laluan perjalanan.
Nur tidak pedulikan kehadiran mereka bahkan khusyuk melakukan kerjanya sedang kawan-kawan yang lain ada yang bergurau-senda,ada yang sedang ketawa terbahak-bahak,ada yang berlari-lari,berkejaran sesama mereka.
Nur tiba-tiba membebel seorang diri, "tak malukah mereka menjerit sana sini,ketawa kuat-kuat sedangkan muslimin berada di situ. Atau mereka gembira melakukan perbuatan itu sambil diperhatikan lelaki? inikah perangai dan sifat seorang muslimah?". Nur mengeluh sambil menarik muka masam kerana tidak gemar akan suasana seperti itu. Apatah lagi yang menjerit-jerit itu adalah kawannya yang bertudung labuh,mereka mempelajari agama dan mendalaminya.
Tiba-tiba,Fadhil menegur Nur,"Sombong betul Nur....".
Cepat-cepat Nur beredar dari situ,hatinya tiba-tiba berdegup kencang. Air mata seperti ingin mengalir dipipi. Nur sebenarnya dalam diam menyukai Fadhil sejak awal pertemuannya di universiti itu. Terngiang-ngiang kata-kata Fadhil "Sombong betul Nur.......". Tak kira di mana saja Nur berada dan apa yang Nur lakukan,pasti kata-kata itu terngiang-ngiang di telinga. Juga sewaktu membaca Al-Quran,wajah Fadhil seolah-olah menari-nari di atas tulisan.
Suatu malam,Nur bertafakur,bermuhasabah diri. Teresak-esak dia menangis,duduk termenung memikirkan makna disebalik kata-kata Fadhil "Sombong betul Nur.....".
"Kalaulah dia tahu selama ini aku sombong kerana ingin menjaga hati ini dari jatuh hati kepadanya, dari terus lalai dalam keasyikan cinta manusia,
kalaulah dia tahu,yang selama ini aku jarang bercakap dengannya kerana aku tidak ingin kata-katanya sentiasa berlegar-legar difikiranku sehingga membuatkan aku lupa dan lalai dengan ayat-ayat cinta Allah (kalam Allah) yang lebih agung,
kalaulah dia tahu yang selama ini aku mengelak dari berjumpa dengannya kerana aku ingin menjaga pandanganku dari pandangan yang bertuhankan syaitan dan memandangnya dengan penuh rasa nafsu syahwat,
kalaulah dia tahu yang aku lakukan semua ini untuk menjaga hatiku dari mencintai manusia lebih dari aku mencintai Tuhanku,
kalaulah dia tahu... Ya Allah..."
Nur dengan linangan air mata mengadu pada Allah agar diberikan kekuatan dalam menjaga hati dan cintanya terhadap Allah.
"Ya Allah,aku mohon padamu,jika benar dia adalah jodohku dunia dan akhirat,maka dekatkanlah hatiku dengannya,jika bukan Ya Allah,kau hijabkanlah hatiku dari terus mencintainya dan mengingatinya. Ya Allah,peliharalah cintaku terhadapmu Ya Allah.
Rabbana hablana min azwajina wazurriyyyatina kurrata a'yun waja'lna lilmuttaqina imama
Amin Ya Rabbal Alamin..
******************************************************
p/s : Kita terlalu cepat membuat penilaian terhadap seorang wanita muslimah yang menjaga adab dan batas pergaulan. Mulut manusia selalu cepat mengatakan yang muslimah ini jumud,sombong,sempit,tidak bergaul dengan masyarakat dan bermacam-macam lagi. Padahal,menjaga batas-batas pergaulan itu adalah garis panduan yang diberikan oleh Allah s.w.t yang dalilnya kita boleh dapati dalam Al-Quran. Maka,setiap tindak tanduk seorang muslimah itu harus dijaga bagi menjaga kehormatan dan maruah seorang wanita Islam.
Muslimah itu nampak lembut,.lembut-lembut seorang wanita juga ada nafsunya..kan? Jadi,jaga diri,jaga hiasi peribadi dengan akhlak Al-Quran. InsyaALLAH,semuanya indah jika perkara yang dibuat kerana Allah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment