Saiyidina Ali r.a. berkata kepada murid-muridnya :
“Patutkah aku menceritakan kepada kamu semua kisah mengenai Fatimah r.a. yang paling dicintai dan dikasihi oleh Rasulullah SAW?”
Murid-muridnya memberi jawapan setuju,lalu beliau pun bercerita:
“Fatimah r.a. biasa menggunakan pengisar untuk mengisar bijirin yang menyebabkan tumbuhnya bintat pada tapak tangannya.Dia mengangkat air kerumahnya dalam sebuah beg kulit sehingga menyebabkan timbul parut di dadanya.Dia mencuci rumahnya seorang diri sehingga pakaiannya kotor.Sekali peristiwa,beberapa orang tawanan perang telah dibawaa ke Madinah.Aku pun berkata padanya:
“Pergilah
engkau kepada Rasulullah SAW dan mohonlah padanya agar diberikan seorang
pembantu supaya dapat membantumu di dalam kerja-kerja rumahmu.” Dia pun
pergi mendapatkan baginda tetapi didapati ramai orang telah
mengelilingi baginda.Oleh kerana dia seorang yang bersopan santun,dia
tidaklah berani untuk membuat permohonan itu kepada Rasulullah SAW di
hadapan khalayak ramai.Pada keesokkan harinya,
Rasulullah SAW telah datang ke rumah kami dan berkata:
“Hai Fatimah!Apakah yang menyebabkan engkau datang kepada aku semalam?”
Dia merasa
malu untuk menyatakannya lalu mendiamkan diri sahaja.Aku pun berkata:
“Ya Rasulullah, Fatimah telah tumbuh bintat-bintat yang menyelar
ditangannya dan di dadanya disebabkan dia mengisar dan mengangkat air
sendirian.Dia juga sibuk mencuci rumah dan lain-lain urusan pekerjaan
rumahtangga menyebabkan pakaiannya kotor.Aku menyuruhnya supaya
menemuimu untuk meminta orang tawanan agar meringankan bebannya.”
Rasulullah
SAW pun berkata: “Takutlah akan Allah, hai Fatimah.Bertaqwalah dan
teruslah melakukan tugasmu terhadap Allah dan kerja-kerja rumahtanggamu.
Sewaktu hendak tidur, ucapkanlah ‘Subhanallah’ 33 kali;’Alhamdulillah’
33 kali; dan Allah hu akbar 33 kali. Dengan ini akan engkau dapati lebih
berguna dari seorang pembantu.”
Fatimah berkata ; “Aku berpuas hati dengan Allah dan rasulNya.”
Lihatlah kehidupan seorang anak perempuan Nabi yang dikasihi itu.Keadaan keluarga yang sederhana kehidupannya di masa kita ini dimana para wanita memikirkan adalah mulia untuk melakukan kerja-kerja urusan rumahtangga.Mereka memerlukan pertolongan dalam setiap urusan bahkan sampai dalam bilik mandi sekali pun!
Betapa jauh
berbezanya dgn.keadaan Fatimah r.a. Menurut hadith ini, zikir yang
ditentukan hendaklah diamalkan sebelum tidur.Di dalam hadith-hadith yang
lain,diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah menasihatkan Fatimah
supaya membaca Subhhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali ,Allah hu
akbar 33 kali dan La ilaha ilallahu wahdahu lasyarikalahulahul mulku
walahulhamdu wahuwa ‘ala kulli syai ‘in qadir sekali.
p/s : Hati terpujuk :'), “Aku berpuas hati dengan Allah dan rasulNya.”
p/s : Hati terpujuk :'), “Aku berpuas hati dengan Allah dan rasulNya.”
No comments:
Post a Comment