Monday, 28 February 2011

S.A.H.A.B.A.T





♥ Orang-orang yang akrab saling kasih mengasihi, pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain, kecuali orang-orang yang bertakwa.. ♥

♥ "selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yg lebih lemah ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari" ♥ ~saidina Ali ra

♥ “ Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh.” ~ Saidina Umar Al-Khattab ♥

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Tali persaudaraan sesama umat terus utuh jika didasari ajaran al-Quran

AMIRUL Mukminin Khalifah Sulaiman Abdul Malik adalah sepupu Umar Abdul Aziz. Hubungan mereka sangat erat sehingga khalifah menamakan Umar sebagai pewaris takhtanya. Walaupun kaum kerabat khalifah tidak menyukainya, khalifah tetap meneruskan hasratnya itu kerana Umar amat taat kepada agama.

Seorang menteri dan penasihat khalifah terkenal alim lagi warak, Raja’ Haiwah menasihati Sulaiman sewaktu akhir hayatnya: “Wahai Amirul Mukminin, antara perkara yang menyebabkan engkau akan dijaga di dalam kubur dan menerima syafaat daripada Allah SWT di akhirat kelak adalah apabila engkau tinggalkan untuk orang Islam khalifah yang adil, maka siapakah pilihanmu? Jawab Khalifah Sulaiman: Aku melihat Umar Ibn Abdul Aziz.”

Suatu hari, sewaktu pemerintahannya, Sulaiman mengajak Umar ke kem tentera Bani Umayyah. Sulaiman bertanya kepada Umar: “Apakah yang kamu lihat wahai Umar bin Abdul-Aziz?” Khalifah nampak terlalu bangga ketika melihat kekuatan pasukan yang sudah dilatih.

Namun Umar menjawab tanpa rasa takut: “Aku sedang melihat dunia itu sedang dilahap antara satu sama lain, dan engkau adalah orang yang paling bertanggungjawab dan akan ditanyakan oleh Allah SWT mengenainya.”

Khalifah Sulaiman berkata lagi: “Tidakkah kamu takjub dengan kehebatan pemerintahan kita ini? Jawab Umar lagi: “Bahkan yang paling hebat dan membuatku takjub ialah orang yang mengenali Allah SWT kemudian menderhakai-Nya, mengenali syaitan kemudian mengikutinya, mengenali dunia kemudian condong kepadanya.”

Mengamati perbualan antara khalifah dan sahabat sejatinya, Umar Abdul Aziz itu jelas terlihat keikhlasan dan cinta kasih dalam perhubungan dua insan atas nama persahabatan dunia akhirat. Sulaiman menangis setiap kali Umar menasihati dengan penuh kasih sayang.

Kedua-dua bapa mereka iaitu Abdul Malik dan Abdul Aziz adalah adik beradik daripada keturunan kerajaan Bani Umayyah. Pertalian darah merapatkan hubungan mereka. Namun yang paling ketara ialah pertalian hati yang ikhlas kerana Allah SWT dalam mencintai saudaranya.

Teman paling rapat kadang-kadang boleh menjadi musuh dalam selimut melainkan orang dipelihara Allah SWT hati mereka daripada khianat, dengki yang disembunyi dan dendam yang dipendam. Dunia menunjukkan kesudahan orang yang teraniaya angkara teman sendiri, ada yang muflis disebabkan mahu menolong kawan.

Dipenjara kerana membela orang yang istimewa baginya tetapi orang itu akhirnya langsung tidak mengenang budi dan jasa sahabatnya itu. Semua terjadi kerana sikap kepura-puraan, bermuka-muka dan saling mengampu. Hubungan yang tidak diasaskan dengan kejujuran, keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Al-Quran mengabadikan kejujuran dan keikhlasan persahabatan antara Muhajirin dan Ansar dalam firman Allah yang bermaksud:

“Dan orang yang menduduki kota Madinah dan beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka (Ansar) mencintai orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin) dan mereka (Ansar) tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa diberikan kepada mereka (Muhajirin) dan mereka mengutamakan (orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. dan siapa yang dipelihara daripada kekikiran dirinya, mereka itulah orang yang beruntung.” (Surah al-Hasyr, ayat 9).

Syarat tali persaudaraan boleh menjadi kukuh menurut al-Quran ialah jika anda dan sahabat disatukan oleh ikatan iman. Bukan kerana ikatan perniagaan atau assabiah jahiliah. Ia terlalu rapuh untuk dipegang, bahkan dua insan boleh dirosakkan oleh hubungan sebegitu.

Jika untung boleh jadi kawan, rugi pula saling tikam menikam. Masa berkuasa semua menyokong jika jatuh tanpa kuasa tiada seorang pun mahu menolong. Begitu pula di dunia, mereka boleh jadi sahabat rapat saling menguntungkan tetapi di akhirat, mereka menjadi musuh yang saling cela mencela.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang bertakwa.” (Surah al-Zukhruf, ayat 67)

Ketika di dunia mereka saling tolong menolong pada jalan batil, jika seseorang melakukan kejahatan maka sahabatnya itu malah memuji dan mengampu kerana mahu mengambil kesempatan atas kelemahan saudaranya.

Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud meriwayatkan daripada Abi Bakrah, beliau berkata:

“Seorang lelaki memuji seseorang di sisi Rasulullah SAW kemudian Baginda SAW bersabda yang bermaksud: Engkau telah memotong leher sahabatmu. Barang siapa yang memuji saudaranya dengan tidak dapat dielakkan juga, maka hendaklah dia berkata: Aku menilai si polan. Dan Allah SWT yang menjadi penilai yang sebenar, seseorang tidak boleh menyucikan seseorang melebihi Allah SWT.”

Oleh itu, sahabat Rasulullah SAW amat membenci perbuatan suka mengampu, padahal mereka memang selayaknya mendapat pujian. Seorang lelaki memuji Abdullah bin Umar katanya: “Wahai sebaik-baik manusia, wahai anak sebaik-baik manusia.”

Maka ibu Umar berkata: “Aku bukan sebaik-baik manusia dan bukan anak sebaik-baik manusia tetapi aku seorang hamba Allah SWT daripada hamba-hamba Allah SWT, aku berharap kepada Allah SWT dan aku takut kepada Allah SWT. Demi Allah SWT jika kamu tidak mahu berhenti mengatakan yang demikian itu kepada seorang lelaki maka engkau sesungguhnya telah membinasakan dia.”

Iman menjadi penyatu dua hati, jika iman berbicara sikap ditunjukkan seseorang kepada saudaranya benar-benar bersih daripada kepentingan dunia. Dia berdiri sebagai pendamping yang jujur dalam menyatakan pandangannya, tidak ada apa yang ditutupi, yang pahit sama ditelan yang manis sama dirasa.

Dialah penasihat paling ikhlas demi kebaikan saudaranya, dia mewarnai pemikiran dan perasaan, pandangan dan sikap saudaranya dengan nilai agama yang membawa suasana harmoni di antara dua hati. Matlamat mereka bertemu dan bersahabat ialah kerana Allah SWT, agenda mereka rancang bersama ialah demi cita-cita akhirat. Tidak sesekali mereka biarkan dunia menghancurkan persahabatan itu.

Rasulullah SAW bersabda mengenai keperibadian sahabat sejati yang bermaksud:

“Mahukah kamu aku beritahukan mengenai orang baik di kalangan kamu? Para sahabat menjawab: Ya Wahai Rasulullah. Baginda SAW bersabda: Apabila kamu memandang kepada mereka, kamu teringat kepada Allah. Kemudian Rasulullah SAW bersabda lagi, bermaksud: “Mahukah kamu aku beritahukan orang yang jahat di kalangan kamu? Mereka ialah orang yang suka melaga-lagakan antara dua orang, yang suka merosakkan hubungan kasih sayang antara mereka yang berkasih sayang dan suka mencari aib cela orang yang baik-baik.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Jika kita memandang ke wajah seseorang diberkati Allah SWT, seolah-olah memancar cahaya keimanan yang menembusi hati kita, aura iman itu mengajak kepada kebaikan dan mengingatkan kita kepada kelemahan diri.

Tetapi kadang-kadang kita menemukan seseorang yang membawa aura jahat daripada kalbunya sehingga pantulannya mempengaruhi pemikiran, sikap dan matlamat kita. Bukan senang menemukan seseorang yang benar-benar ikhlas mahu bersahabat kerana Allah SWT, mungkin disebabkan diri kita sendiri belum lagi baik maka susah sungguh untuk menemukan lelaki yang benar-benar baik dijadikan sahabat sejati..

Allah a'lam

Saturday, 26 February 2011

Semester Break : Reunion mYOP

'Muslim youth outreach programme'  Reunion


Agenda:

7.00 - 7.30: Gathering at Mahallah UBD 
7.30: Bertolak ke Taman Peranginan Kg.Parit.
8 PAGI: Program starts.
-Speech by Ameerah YOPMMIM Dec '10 (Fadz)
-Sharing session
-Amazing race.
-Group phototaking.
-Makan-makan.
12pm: Bersurai




Ohh! i want this so badly~ (>.<)!! *fighting nafs*

Friday, 25 February 2011

Wanita Istimewa



~WANITA YANG DISAYANGI 

Adalah pecinta TuhanNya ... 
Yang mengalir cinta,takut dan harap... 
Yang menguasai perjalanan penghidupannya... 
Dari waktu ke waktu,hari ke hari... 
Sehingga perjalanan diantara jasad dan nyawanya berakhir... 


~WANITA YANG DIRINDUI


Adalah perempuan yang di mata dan wajahnya terpancar sinar nur ilahi... 
Lidahnya basah dengan zikrullah... 
disudut hati kecilnya senantiasa membesarkan Allah... 

~WANITA YANG DICINTAI


Yang menutup auratnya dari pandangan mata ajnabi... 
Kehormatan dirinya jadi mahal nilainya... 
Disanjung tinggi penduduk langit dan bumi... 

~WANITA YANG DIIMPIKAN


Adalah yang mendekatkan hatinya yang telah jauh... 
Kepada Ar-Rahman,,Ar-Rahiim... 
Disaat orang lain dilamar kebendaan... 

~WANITA YANG DIKASIHI


Yang bersyukur dengan apa yang ada... 
Yang bersabar pada yang tiada... 
Cinta pada hidup yang sederhana... 
Yang tidak bermata benda... 

~WANITA YANG DISUKAI


Menjadi penerang bagi dirinya sendiri... 
Menjadi pelita bagi putra-putrinya Yang akan dilahirkan... 
Untuk menyambung perjuangannya di belakang hari... 

***"Apabila seorang wanita mengerjakan solat lima waktu,menaati suaminya dan menjaga kehormatan dirinya,niscaya dia akan masuk ke dalam syurga Rabbnya dari pintu mana saja yang ia kehendaki"(HR.Ibnu Hibban dalam sahihnya)***

Thursday, 24 February 2011

Sesungguhnya, neraka itu hakiki...Ingatlah, Andai seorang lelaki itu datang... Beranikanlah diri untuk BERFIKIR dan MENOLAK dengan mata...





Andai seorang lelaki datang kepadamu ketika kau perlukan teman...

Andai seorang lelaki datang kepadamu dengan ciri-ciri lelaki idaman...

Andai seorang lelaki datang menegur dan membuatmu terhibur...

Andai seorang lelaki datang menanyakan pendapatmu tentang dirinya...

Andai seorang lelaki datang menanyakan tentang ketampanan wajah dan keromantikan dirinya kepadamu...

Andai seorang lelaki datang memintamu membetulkan kolar baju dan rambutnya...

Andai seorang lelaki datang kepadamu sambil merapatkan badannya kepadamu...

Andai seorang lelaki datang tanpa segan silu padamu walau dirimu sudah pemalu, sopan dan ayu...

Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu...

MUNGKIN PADA PANDANGAN LELAKI ITU,


"Kau sangat comel pada mataku"

"Kau dah seperti adik kandungku"

"Lu keras macam tomboy takkan lu nak feeling dengan gua"

"Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit"

"Kaulah kekasihku, kau perlukan belaian dan sokongan moral dariku"

"Aku tahu kau sunyi, aku tak kisah kalau aku kau nodai. Aku sudi dan sabar menanti"

"Oh, kau adalah bakal isteriku, aku harus berlatih dari sekarang 'menumpangkan' bahuku"

"Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain"


TETAPI WAHAI PEREMPUAN, ADAKAH ITU YANG KAMU MAHU DAN DAMBAKAN? ADAKAH ITU YANG KAMU PERLUKAN?

Andai seorang lelaki itu datang...
Dan hanya dirimu pengawal gelanggang...

BERANIKAN diri untuk BERUNDUR
GAGAHKAN diri untuk TIDAK CAIR DILEBUR
TABAHKAN diri untuk menjadi PEREMPUAN EKSLUSIF YANG UNGGUL!
Perempuan yang taat hanya pada lelaki bernama ayah dan suami
Perempuan yang sedar maruah dan keunikan diri
Perempuan yang takkan cair dengan pujukan rayu 'syaitan' lelaki

Perempuan yang punya jati diri, berundur kerana TAK MAHU SUAMINYA NANTI DIBAYANGI BEKAS TEMAN-TEMAN LELAKI.

Sesungguhnya, neraka itu hakiki...
Ingatlah wahai diri yang bernama perempuan,
Andai seorang lelaki itu datang...
Beranikanlah diri untuk BERFIKIR dan MENOLAK dengan mata...

Lelaki Idaman .. hingga ke syurga

Biarlah dia seorang yang buta
Kerana matanya sunyi dari melihat perkara-perkara maksiat dan laghah
Kerana kedua matanya terpelihara dari memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhati keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Bosnia, Ambon dan seumpamanya

Biarlah dia seorang yang bisu
Bisu dari pujuk rayu yang bisa mengoncang keimanan
Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang bisa meracun fikiran
Bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran dan dia lantang menyuarakan kebenaran

Biarlah dia seorang yang bakhil
Bakhil dalam memberi senyuman pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa untuk membuat temujanji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya untuk beribadah dengan Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya bahkan nyawanya demi melihat kalimah syahadah
Kembali megah di muka dunia

Biarlah dia seorang yang papa
Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah dan tidak bermanfaat
Papa memiliki akhlaq mazmumah
Tetapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlaq dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam menanam impian untuk menjadi seorang syuhada yang syahid di jalan Allah.

Muslimah Cantik, Bermahkotakan Rasa MALU

“Muslimah cantik, menjadikan malu sebagai mahkota kemuliaannya…”


Membaca petikan di atas, mungkin pada sebagian orang menganggap biasa saja, sekedar sebait kalimah puisi. Namun ketika kita  merenungi ayat tersebut, sungguh terdapat makna yang begitu dalam. Ketika kita menyedari fitrah kita tercipta sebagai wanita, mahkluk terindah di dunia ini, kemudian Allah menguniakan hidayah pada kita, maka inilah hal yang paling indah dalam hidup wanita. Namun sayang, banyak sebagian dari kita (kaum wanita) yang tidak menyedari betapa berharga dirinya. Sehingga banyak dari kaum wanita merendahkan dirinya dengan menanggalkan rasa malu, sementara Allah telah menjadikan rasa malu sebagai mahkota kemuliaannya.


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


((إنَّ لِكُلِّ دِينٍ خُلُقًا ، وَإنَّ خُلُقَ الإسْلاَمِ الحَيَاءُ))


“Sesungguhnya setiap agama itu memiliki akhlak dan akhlak Islam itu adalah rasa malu.” (HR. Ibnu Majah, hasan)


Sabda beliau yang lain:


“Malu itu adalah bahagian dari iman dan iman itu di syurga.”


Sabda RasulAllah s.a.w yang lain,


((الحَيَاءُ وَالإيمَانُ قُرِنَا جَمِيعًا ، فَإنْ رُفِعَ أحَدُهُمَا رُفِعَ الآخَرُ))


“Malu dan iman itu bergandingan bersama, bila salah satunya di angkat maka yang lain pun akan terangkat.”(HR. Al Hakim)


Begitu jelas Rasulullah shalallahu ‘alaihi wassalam memberikan teladan pada kita, bahwasanya rasa malu adalah identiti akhlaq Islam. Bahkan rasa malu tidak terlepas dari iman dan sebaliknya. Khusus bagi seorang muslimah, rasa malu adalah mahkota kemuliaan bagi dirinya. Rasa malu yang ada pada dirinya adalah hal yang membuat dirinya terhormat dan dimuliakan.


Namun sayang, di zaman ini rasa malu pada wanita telah pudar, sehingga hakikat penciptaan wanita yang seharusnya menjadi perhiasan dunia dengan kesolehannya, menjadi tak lagi bermakna. Di zaman ini wanita hanya dijadikan objek kesenangan nafsu. 


Allah telah menetapkan fitrah wanita dan lelaki dengan perbezaan yang sangat significant. Bukan hanya secara fizikal, tetapi juga dalam akal dan tingkah laku. Bahkan dalam Al Qur’an surat Al Baqarah ayat 228 yang ertinya; ‘Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang sepatutnya, Allah telah menetapkan hak bagi wanita sebagaimana mestinya. Tidak sekedar kewajiban yang dibebankan, namun hak wanita pun Allah sangat memperhatikan dengan menyesuaikan fitrah wanita itu sendiri. Sehingga ketika para wanita menyedari fitrahnya, dia akan faham bahwasanya rasa malu pun itu menjadi hak baginya. Setiap wanita, lebih-lebih lagi seorang muslimah, berhak menyandang rasa malu sebagai mahkota kemuliaannya.


Sayangnya, hanya sedikit wanita yang menyedari hal ini…


Di zaman ini semakin banyak wanita yang memilih mendapatkan mahkota ‘kehormatan’ dari perkara-perkara yg boleh mendedahkan kecantikan para wanita. Tidak hanya sebatas kecantikan wajah, tapi juga kecantikan tubuh badan demi sebuah mahkota ‘kehormatan’ yang terbuat dari emas permata. Para wanita seolah-olah berlumba-lumba mengikuti audition menyanyi dan lain-lain lgi. Hanya demi untuk mendapatkan nama, mereka rela menelanjangi dirinya sekaligus menanggalkan rasa malu sebagai sebaik-baik mahkota di dirinya.
Naudzubillah min dzaliik…



Dalam sebuah kisah, Saiditina ‘Aisyah R.A pernah didatangi wanita-wanita dari Bani Tamim dengan pakaian tipis, kemudian beliau berkata, “Jika kamu wanita-wanita beriman, maka (ketahuilah) bahwa ini bukanlah pakaian wanita-wanita beriman, dan jika kamu bukan wanita beriman, maka silakan nikmati pakaian itu.”


Betapa pun Allah ketika menetapkan hijab yang sempurna bagi kaum wanita, itu adalah sebuah penjagaan tersendiri dari Allah kepada kita kaum wanita terhadap mahkota yang ada pada diri kita. Namun kenapa ketika Allah sendiri telah memberikan perlindungan kepada kita, tetapi kita sendiri yang berlepas diri dari penjagaan itu sehingga mahkota kemuliaan kita pun hilang di telan zaman?


“Nikmat Rabb-mu yang manakah yang kamu dustakan?” (QS. Ar Rahman: 13)


Wahai, muslimah…


Peliharalah rasa malu itu pada diri kita, sebagai sebaik-baik perhiasan kita sebagai wanita yang mulia dan dimuliakan. Sungguh, rasa malu itu lebih berharga jika kau bandingkan dengan mahkota yang terbuat dari emas permata, namun untuk mendapatkan (mahkota emas permata itu), kau harus menelanjangi dirimu di depan public.


Wahai saudariku muslimah…


Kembalilah ke jalan Rabb-mu dengan sepenuh kemuliaan, dengan rasa malu dan keimananmu pada Rabb-mu…

AMALAN Yang BIASA & yang LUARBIASA.. Renungkanlah

1. Sembahyang

Yang biasa:
Ramai dari kita yang sembahyang. Yang biasa, kita sembahyang apabila telah masuk waktu. Yang kerap berlaku juga, sembahyang kita di akhir waktu.
Mungkin pepatah orang putih "Better late than never" menjadi pegangan kita. Inilah golongan yang hanya tahu dirinya hamba tapi tak rasa hamba.

Luar biasa:
Orang yang selalu menunggu-nunggu waktu untuk sembahyang. Seperti seorang yang sangat merindukan pertemuan dengan kekasihnya. 15 minit sebelum
azan, dia dah duduk di tikar sembahyang. Kalau begitu, sahihlah dia orang luarbiasa .

2. Sedeqah

Biasa :
Kalau kita sedekah, kita mahu seluruh dunia tahu. Kalau tak panggil press,sekurang-kurangnya, kita bercerita pada orang. Kita mahu orang tahu kita pemurah. Agaknya kita memang tak nak pahala sebab hanya sedeqah yang ikhlas akan dibalas oleh Allah.

Luarbiasa:
Apabila bersedekah, kita lebih suka melakukan secara sembunyi. Ibarat kata,tangan kanan sedekah, tangan kiri pun tak tahu. Yang penting bagi kita ialah membantu meringankan kesusahan orang. Itu pun kita bimbang juga kalau-kalau dalam hati ada rasa riyak atau takjub dengan diri sendiri. Sedangkan kita berharap dengan banyak bersedekah, akan turun rahmat serta ampunan Allah.

3. Berjaga malam

Biasa :
Kita biasa berjaga malam. Sama ada untuk tengok bola sepak piala dunia, atau melayan VCD terbaru. Yang lebih teruk, kalau malam dihidupkan dengan berhibur di pusat-pusat hiburan.

Luarbiasa:
Malam kita dihidupkan dengan pelbagai ibadah dan amalan. Ketika orang lain lena dibuai mimpi, kita meninggalkan tilam empuk untuk bertahajud dan
menghisab diri. Bagi kita, kesepian malam adalah saat paling sesuai untuk kita merayu kasih sayang Allah, Pencipta kita. Memohon keampunan,
rahmat dan nikmat dari-Nya. Ini malam para nabi dan para wali. Kalau kita konsisten beribadah malam, memang kita ikut tradisi orang-orang yang luar biasa.

4. Kerja

Biasa:
Kita cukup berbangga bila berjaya di dalam sebarang kerja. Sama ada dalam kerjaya, pelajaran mahupun bila dapat buat banyak amal ibadah. Kita rasa, kalau tak kerana otak kita yang genius, atau kerja kuat kita,
tentu kita gagal. Sebab itu kita mudah pandang rendah pada orang yang kurang upaya atau kurang berjaya. Walaupun kita ucapkan alhamdulillah,tapi di hati kecil kita tak rasa apa yang berlaku, Allah punya kuasa.

Luarbiasa:
Bila kita dapat rasakan segala yang kita miliki adalah dari Allah. Kita sangat yakin bahawa kekayaan, pangkat dan kelulusan tidak akan kita nikmati kalau tidak dengan izin Allah. Makin banyak nikmat yang kita
dapat, makin tinggi rasa kehambaan. Bimbang dan cemas kalau-kalau kita tidak mampu berterima kasih kepada Allah sehingga tersilap menggunakan
nikmat dari-Nya. Makin banyak ibadah pula, makin takut dengan Allah .Luar biasalah jika manusia dapat merasakan dirinya hanya hamba Allah
yang tidak memiliki apa-apa.

Nasihat2 agama yg sangat berguna

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Bismillahirahmanirahiim...

Insyaallah...



1-Jika kamu menjaga hak-hak Allah SWT, Allah SWT akan menjaga hak-hak kamu.

2-Jika kamu tidak malu kepada Allah SWT, lakukan apa yang kamu kehendaki.


3-Elokkan makanan kamu, pasti Allah SWT memaqbulkan segala permintaan kamu.


4- Takutlah kepada Allah SWT, walau dimana kamu berada.


5- Balaslah kejahatan dengan kebaikan pasti kamu mendapat ganjarannya.


6- Berakhlaklah dengan manusia dengan sebaik-baik akhlak.


7-Takutlah kepada perkara-perkara dosa, pasti kamu akan menjadi Hamba Allah SWT terbaik.


8-Redhalah dengan pembahagian Allah SWT, pasti kamu akan menjadi manusia paling kaya.


9-Sayangilah manusia sebagaimana kamu sayang pada diri kamu sendiri.


10- Jangan terlalu banyak ketawa, kerana dengan banyak ketawa boleh menyebabkan hati mati.


11-Kezaliman adalah kegelapan di Akhirat kelak.


12-Bertaqwalah kepada Allah SWT dan berlaku adillah kepada anak-anak kamu.


13- Jauhilah daripada api neraka walau sekadar bersedekah dengan sebiji tamar.


14- Takutlah kepada doa orang-orang yang telah kamu zalimi.


15- Perkara yang paling berat dalam timbangan Allah SWT adalah Akhlak dan Budi Pekerti yang mulia.


16-Bertindak dengan tenang adalah ajaran Allah SWT dan Gopoh-gapah adalah ajaran daripada syaitan.


17-Orang yang sedikit harta, mendapat kiraan yang senang daripada Allah SWT.


18- Jika kamu tidak bersifat pemarah kamu akan miliki Syurga.


19- Amalan yang paling Allah SWT sukai adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit.


20-Tempat yang paling Allah SWT sukai dalam sebuah negeri adalah masjid.


21-Tempat yang paling Allah SWT benci dalam sebuah negeri adalah pasar-pasar.


22-Makanan yang paling Allah SWT sukai adalah makanan yang disedekah secara ramai-ramai.


23-Perkataan yang paling Allah SWT sukai adalah :

سبحان الله وبحمده
24-Orang yang paling Allah SWT sukai adalah orang yang pandai mencari manfaat dalam agama.
25-Amalan yang paling Allah SWT sukai adalah amalan yang mendatangkan kesukaan kepada manusia.

26-Sesiapa dapat menahan kemarahannya, allah SWT akan menutup perkara yang memalukannya.


27- Akhlak buruk adalah merosakkan amalan sebagaimana cuka merosakkan madu.


28- Hamba yang paling Allah SWT sayangi adalah hambanya yang paling Mulia Akhlaknya.


29-Hati-hati dengan dunia kerana ianya elok pada pandangan dan manis pada citarasanya.


30-Jagalah lidah kamu.


31-Laksanakan amanah kepada mereka yang mempercayai amanah yang telah kamu miliki.


32-Janganlah kamu menipu kepada orang yang telah menipu kamu.


33-Berdoalah kepada Allah SWT dalam keadaan yang kamu yakin kepada penerimaanya.


34-Berilah berita gembira, janganlah kamu menakut-nakutkan seseorang.


35-Permudahkanlah sesuatu urusan, jangan kamu memayahkan sesuatu urusan.


36-Makanlah dengan tangan kanan dan makanlah apa yang kamu layak makan.


37-Jika kamu didatangi nikmat atau harta, maka perhatikan kesan nikmat tersebut keatas diri kamu.


38-Jika sesuatu kaum menganugerahkan kepada kamu kemulian, maka muliakan mereka.


39-Jika kamu didatang seseorang lelaki untuk meminang anak kamu, dan dia memiliki nilai-nilai agama dan kemulian akhlak maka terimalah pinangannya atau kahwinkan dia.


40-Jika Allah SWT menghendaki sesuatu ahli keluarga itu bahagia, Allah SWT akan mencampakkan perasaan Kasih Sayang dalam ahli-ahli keluarga tersebut.


41-Jika manusia melakukan kejahatan kepada kamu, maka lakukanlah kebaikkan kepada mereka.


42-Jika ada orang melaga-lagakan kamu, biarkanlah dia.

Betapa indahnya menjaga pandangan~ Rasailah kemanisan Buah Iman


Indahnya Menjaga Pandangan

Mahasuci Allah yang telah membekali kita pandangan, pendengaran, dan hati agar kita bersyukur. Mahaindah Kasih Sayang-Nya yang telah mengizinkan kita untuk menikmati warna-warni alam semesta, aneka rupa bentuk benda-benda. Shalawat mari kita lantunkan pada Rasul Muhammad terkasih, yang telah menunjukkan pada kita, bagaimana semestinya kita menggunakan anugerah Allah yang berupa mata ini.

Suatu ketika Ummi Salamah ra berkata: Ketika saya dengan Maimunah ada di sisi Rasulullah SAW tiba-tiba masuk ketempat kami Abdullah bin Ummi Maktum, kejadian itu sesudah ayat hijab yang diperintahkan kepada kami. Rasulullah bersabda: "Berhijablah kamu daripadanya". Kami menjawab, "Ya Rasulullah bukankah ia seorang yang buta tidak melihat dan tidak mengenal kepada kami?" Kemudian beliau menjawab, "Apakah kamu juga buta, tidakkah kamu melihat padanya?". Dalam kisah lain disebutkan pula bahwa Rasulullah SAW pernah menggerakkan tangannya untuk memalingkan wajah Al-Fadhl, ketika sahabatnya itu ketahuan tengah memandang seorang wanita asing dengan sengaja.

Dari kedua kisah ini kita mendapati bahwa Rasulullah adalah orang yang sangat menjaga pandangannya. la amat berhati-hati dalam memandang sesuatu, terutama yang berkaitan dengan memandang seseorang yang bukan muhrim kita. Semua ini, tidak lain, menunjukkan ketaatan beliau atas perintah Allah seperti yang tercantum dalam Alquran, Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat (QS. An-Nuur: 30).

Dalam ayat selanjutnya Allah SWT memerintahkan pula hal yang sama pada kaum perempuan. Amat banyak hikmah yang dapat kita ambil dari menjaga pandangan itu. Salah satunya adalah menjaga diri dari perilaku tercela. Sesungguhnya, mata kita adalah gerbang maksiat. Siapa saja yang kurang mampu menjaga pandangannya dari sesuatu yang diharamkan, maka sedikit demi sedikit ia akan terjerumus ke dalam jerat syetan. Berawal dari mata, kemudian kaki berpindah ingin mendekat dan seterusnya, hingga akhirnya sangat mungkin akan menjerumuskan manusia pada perzinahan.

Zina adalah dosa besar, yang bukan hanya dimurkai Allah, namun akibatnya pun akan dirasakan sang pelaku dan orang-orang di sekitarnya selama di dunia. Penyakit AIDS yang akan membunuh seseorang secara pelan-pelan dalam kelemahan dan keterasingan, hanyalah salah satu akibat dari perbuatan keji ini.

Menjaga pandangan bukanlah hal yang mudah dilakukan apalagi bagi kita yang hidup di zaman modern seperti ini. Lihatlah ke samping kiri, kanan, depan dan belakang kita, lawan jenis senantiasa mengelilingi? Tidak hanya di pusat-pusat keramaian, di dalam mobil angkutan umum saja, campur baur dengan lawan jenis pun tak dapat dihindarkan. Bahkan ketika berdiam dirumah saja, menahan pandangan tidak kalah susahnya. Koran, majalah dan televisi menyuguhkan pemandangan yang dapat membuat hati tergelincir karenanya.

Tak heran, ibadah kita sering berantakan. Bacaan Alquran kita kering kerontang. Berdoa pun sulit sekali khusyu apalagi sampai dapat mengeluarkan air mata penyesalan karena tidak mentaati perintah-Nya. Karena hal ini pula, menuntut ilmu menjadi sebuah pendakian yang sangat terjal.

Mendapatkannya sungguh sulit nyaris tiada terperi, sedangkan hilangnya menjadi sangat mudah sekali. Hal ini sesuai dengan apa yang dikatakan seorang alim pada muridnya, "Wahai anakku, sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya. Ia tidak akan mau masuk ke dalam hati yang di dalamnya kotor oleh maksiat".

Pandangan liar, tidak bisa tidak, akan mengikis kualitas iman yang tumbuh dalam hati seseorang. Iman itu tidak hilang dengan tiba-tiba dan serentak, namun periahan-lahan dan sedikit demi sedikit. Pada kenyataannya pandangan terhadap lawan jenis yang tak halal, menjadi media paling efektif untuk menghilangkan keimanan dari dalam diri.

Ia adalah salah satu senjata syetan yang sangat ampuh. Dalam Surat An-Nisaa ayat 118, syaitan laknatullah menegaskan komitmennya, "Saya benar-benar akan mengambil dari hamba-hamba Engkau bahagian yang sudah ditentukan untuk saya".

Artinya, sebagaimana sebuah riwayat menuturkan bahwa pandangan adalah panah-panah syetan, sedang syetan itu tak menginginkan apapun dari manusia selain keburukan dan kebinasaan. Maka penjagaan kita terhadap pandangan mata menjadi satu kunci pokok menuju keselamatan.

Bila saat ini, ketika tak ada tangan Rasulullah yang dapat memalingkan wajah kita dari memandang perempuan, manakala tiada teguran dari mulut suci beliau yang menyuruh para wanita berhijab dari melihat lelaki yang bukan haknya untuk dilihat, maka mengingat sabda-sabda Rasulullah SAW yang masih terpelihara ini menjadi satu keniscayaan.

Memang, dalam kondisi tertentu kita diperbolehkan memandang lawan jenis, seperti dalam proses belajar mengajar, jual beli, pengobatan, maupun persaksian. Walaupun demikian, taburilah selalu hati kita dengan firman Allah yang menjanjikan kemuliaan dan derajat yang tinggi bagi orang-orang yang mampu menjaga diri dari hal yang diharamkan-Nya.

Alhasil andaipun pada awalnya hal ini amat sulit kita lakukan, namun yakinlah bahwa barangsiapa yang bersungguh-sungguh ingin menempuh jalan Allah, maka Allah akan lebih bersungguh-sungguh lagi membimbing jalannya.

Sebagaimana firman-Nya yang tertera dalam Surat An-Nahl ayat 127-128, Bersabarlah (hai Muhammad) dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah dan janganlah kamu bersedih hati terhadap (kekafiran ) mereka dan janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yang mereka tipu dayakan.

Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa dan berbuat kebaikan. Akhir kata, pandangan yang terjaga dengan baik, insya Allah akan membuat seseorang dapat merasakan manisnya iman dan lezatnya mengingat Allah. Wallahua’lam bish-shawab.

dari Ust. Abdullah Gymnastiar

:: Berhati - hati menjaga Hati :: Reminder for me and All



Kejahatan itu bukan satu kebetulan. Ia adalah satu kebiasaan yang terbentuk perlahan-lahan, tahap demi tahap. Pertama kali terbuat dosa, hati akan diburu rasa bersalah. Jiwa resah kerana diri menentang fitrah. Kesalnya bukan main. Sesalnya sungguh merimaskan. Rasa bersalah itu memang resah. Benarlah seperti yang sering diungkapkan, apabila manusia berdosa dia bukan sahaja menentang Allah tetapi juga menentang dirinya sendiri.

Namun rasa berdosa itu tidak lama. Jika dosa yang sama dibuat kali kedua, ketiga dan seterusnya… rasa bersalah itu akan hilang. Sedikit demi sedikit. Lalu akhirnya, hati itu telah terbiasa dengan dosa. Rasa bersalah tidak muncul lagi. Ia sirna dimamah oleh dosa demi dosa. Jika dulu ada air mata yang mengalir kerana kekesalan dan penyesalan… tetapi di tahap kedua ini, tiada air mata lagi. Alah bisa tegal biasa. Hati telah tega untuk berdosa.

Dosa itu racun yang disalut kemanisan. Dosa yang dizalimi tidak akan terhenti kesannya pada hati. Dari tahap terbiasa dengan dosa, kederhakaan meningkat lebih parah lagi. Tibalah hati pada tahap ketiga, yakni seronok dan rasa indah dengan dosa. Diri sentiasa mengintai peluang dan ruang untuk melakukannya. Rasa ketagih dengan maksiat, rasa gian dengan kemungkaran, mencengkam hati dan diri. Racun dosa terasa nikmatnya. Tiada lagi rasa bersalah. Bisa dosa yang terbiasa menjelma menjadi nikmat yang tiada bandingannya.

Nafsu tiada pernah puas. Kehendaknya tiada batas. Syaitan tidak pernah tidur. Usahanya tidak pernah kendur. Lalu apabila syaitan meluncur laju di lebuh raya nafsu, diri yang seronok dengan dosa itu dirasuk untuk ‘maju’ setapak lagi. Itulah tahap keempat yang lebih dahsyat dan sesat. Keseronokan dosa menjadikan si berdosa itu pembela dan pejuangnya. Dosa dipromosi dan dihiasi sebagai jalan kebenaran dan denai keindahan. Jangan ada pembela agama yang bercakap tentang akhirat dan kiamat… pejuang dosa itu pun bangun menentangnya dengan seluruh upaya dan kudrat.

Justeru wahai diri, berhati-hatilah dengan dosa. Jangan tertipu oleh kecil atau remehnya suatu kederhakaan. Ingat, tusukan dosa bukan seperti belati yang membunuh tiba-tiba, tetapi ia umpama api dalam sekam yang membara dalam diam. Keterlanjuran kali pertama jangan disusuli oleh kesengajaan kali kedua. Kelak akan menyusul perancangan dan perjuangan atas nama dosa.

Wahai diri… ketika rasa bersalah singgah di dalam hati pada kali pertama kau berdosa, ketahuilah itu adalah ‘peringatan’ yang Allah bekalkan secara tabii untuk menjaga fitrah insani. Itu petanda yang hatimu masih hidup. Bukankah penyesalan itu syarat taubat? Maka susulilah dengan syarat kedua dan ketiga (jika dosa itu dengan Allah). Jika dosa itu dengan manusia, tambahlah lagi syarat yang keempat. Tidak mengapa jika kau terlanjur lagi berdosa selepas itu. Bertaubatlah kembali. Hatimu akan hidup lagi. Selagi ada rasa bersalah, selagi itulah ada saranan untuk kembali kepada Allah. Jangan putus asa oleh taubat yang patah, kerana kasih sayang Allah akan menumbuhkan taubat kali kedua, ketiga dan seterusnya.

Wahai diri, biarlah dirimu jatuh bangun, merangkak tegak, dalam taubat demi taubat yang tidak ‘menjadi’ berbanding larian dosa yang maju dan laju tanpa henti-henti. Lebih baik terbentur, daripada patah. Lebih baik hatimu selalu terdera oleh rasa berdosa sepanjang hayat, daripada tertipu oleh ‘nikmatnya’ yang menyebabkan seksa selamanya di akhirat.
Wahai diri, ingatlah… sekalipun kau berhijab daripada mengecapi nikmat ketaatan, tapi jangan sampai kau tertipu oleh nikmat kejahatan. Berhati-hatilah menjaga hati. Tidak mengapa kau selalu menangis kerana dosa… tetapi jangan sampai kau tersenyum kerananya! Ingatlah selalu, kejahatan yang menyebabkan kau menangis, lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur!

An Interesting Conversation between the professor and the student, have a Read :)




INTERESTING CONVERSATION

An atheist professor of philosophy speaks to his class on the problem science has with God, The Almighty.

He asks one of his new Muslim students to stand and.....

Professor : You are a Muslim, aren't you?

Student : Yes, sir.

Prof : So you believe in God?

Student : Absolutely, sir.

Prof : Is God good?

Student : Sure.

Prof : Is God all-powerful?

Student : Yes.

Prof : My brother died of cancer even though he prayed to God to heal him. Most of us would attempt to help others who are ill. But God didn't. How is this God good then? Hmm?

(Student is silent.)

Prof : You can't answer, can you? Let's start again, young fella. Is God good?

Student :Yes.

Prof : Is Satan good?

Student : No.

Prof : Where does Satan come from?

Student : From...God.. .

Prof : That's right. Tell me son, is there evil in this world?

Student : Yes.

Prof : Evil is everywhere, isn't it? And God did make everything. Correct?

Student : Yes.

Prof : So who created evil?

(Student does not answer.)

Prof : Is there sickness? Immorality? Hatred? Ugliness? All these terrible things exist in the world, don't they?

Student :Yes, sir.

Prof: So, who created them?

(Student has no answer.)

Prof : Science says you have 5 senses you use to identify and observe the
world around you. Tell me, son...Have you ever seen God?

Student : No, sir.

Prof : Tell us if you have ever heard your God?

Student : No , sir.

Prof : Have you ever felt y our God, tasted your God, smelt your God? Have you ever had any sensory perception of God for that matter?

Student : No, sir. I'm afraid I haven't.

Prof : Yet you still believe in Him?

Student : Yes.

Prof : According to empirical, testable, demonstrable protocol, science says your GOD doesn't exist. What do you say to that, son?

Student : Nothing. I only have my faith.

Prof : Yes. Fait h. And that is the problem science has.

Student : Professor, is there such a thing as heat?

Prof : Yes.

Student : And is there such a thing as cold?

Prof : Yes.

Student : No sir. There isn't.

(The lecture theatre becomes very quiet with this turn of events.)

Student : Sir, you can have lots of heat, even more heat, superheat, mega heat, white heat, a little heat or no heat. But we don't have anything called cold. We can hit 458 degrees below zero which is no heat, but we can't go any further after that. There is no such thing as cold. Cold is only a word we use to describe the absence of heat. We cannot measure cold. Heat is energy. Cold is not the opposite of heat, sir, just the absence of it.

(There is pin-drop silence in the lecture theatre.)

Student : What about darkness, Professor? Is there such a thing as darkness?

Prof : Yes. What is night if there isn't darkness?

Student : You're wrong again, sir. Darkness is the absence of something. You can have low light, normal light, bright light, flashing light....But if you have no light constantly, you have nothing and it's called darkness, isn't it? In reality, darkness isn't. If it were you would be able to make darkness darker, wouldn't you?

Prof : So what is the point you are making, young man?

Student : Sir, my point is your philosophical premise is flawed.

Prof : Flawed? Can you explain how?

Student : Sir, you are working on the premise of duality. You argue there is life and then there is death, a good God and a bad God. You are viewing the concept of God as something finite,
something we can measure. Sir, science can't even explain a thought. It uses electricity and
magnetism, but has never seen, much less fully understood either one. To view death as the opposite of life is to be ignorant of the fact that death cannot exist as a substantive thing. Death is not the opposite of life: just the absence of it. Now tell me, Professor. Do you teach your students that they evolved from a monkey?

Prof : If you are referring to the natural evolutionary process, yes, of course, I do.

Student : Have you ever observed evolution with your own eyes, sir?

(The Professor shakes his head with a smile, beginning to realize where the argument is going.)

Student : Since no one has ever observed the process of evolution at work and cannot even prove that this process is an on-going endeavour, are you not teaching your opinion, sir? Are you not a scientist but a preacher?

(The class is in uproar.)

Student : Is there anyone in the class who has ever seen the Professor's brain?

(The class breaks out into laughter.)

Student : Is there anyone here who has ever heard the Professor's brain, felt it, touched or smelt it?.....No one appears to have done so. So, according to the established rules of empirical, st able, demonstrable protocol, science says that you have no brain, sir. With all due respect, sir, how do we then trust your lectures, sir?

(The room is silent. The professor stares at the student, his face unfathomable. )

Prof : I guess you'll have to take them on faith, son.

Student : That is it sir.. The link between man & God is FAITH. That is all that keeps things moving & alive.

NB:
I believe you have enjoyed the conversation. ..and if so...you'll probably want your friends/colleagues to enjoy the same...won't you?...forward them to increase their knowledge...

Have a nice day.. (",)