Friday 27 January 2012

Qarin



APAKAH ITU QARIN ?


Tahukah apakah itu Qarin yang sentiasa ada bersama kita ?


Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. 

Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." 
(Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." 
(Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." 
(Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

#Cuba Bayangkan sejenak tentang Kembar kita ini, terutamanya apabila kita terasa ingin melakukan perbuatan Dosa dan Kejahatan.
Sudah Pasti dia Gembira jika kita Tewas dengan Kejahatan dan Sedih jika kita berjaya Menangkis.

*Ingatlah ini dan berfikir tentang Apa yang akan kita lakukan.

JANGAN SEKALI KALI TEWAS DENGAN NYA DAN KEMBALI SETERUSNYA MENUJU DI DALAM JALAN ISLAM YANG SEBENAR !

والله اعلم

BIBLIOGRAFI:


http://panduanislam.com/blog/2011/04/apa-itu-qarin/

Thursday 26 January 2012

Jaga Hati :')


Wlpn kita cuba backup atau mengindahkan cinta sebelum kahwin dengan apa jua istilah dan tips sekalipun, wlpn mungkin kita bataskan banyak benda agar sampai tidak wujud zina hati, tapi kita kena ingat; Bila kita jatuh cinta dalam keadaan iman yang ampuh, kita senang terdedah pada penyakit hati dan tidak ramai antara kita yang imannya teguh.

Petikan hadis riwayat Bukhari & Muslim: "..Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.."

Saya menasihati diri saya dan sahabat2: "Walau bagaimana cara kita cuba mengindahkan cinta sebelum kahwin dengan kata2 indah, hakikatnya yang terindah tetap cinta selepas kahwin." 

Terbaiknya, jaga hati baik-baik sblm kahwin. Kita nak serahkan hati yang dalam keadaan baik murni pada pasangan kita selepas kahwin nanti.

- Nasihat dari ustaz Rusydee Artz

Tuesday 24 January 2012

ITB's pertandingan Musabaqah hafazan sempena Maulidurrasul 1433h.


MAJLIS AKAN DIADAKAN PADA ;
18HB FEBRUARI 2012 BERSAMAAN DGN 25 RABIULAWWAL 1433H
JAM : 2 PETANG
Tempat : Itb concourse

Nabi s.a.w said :
Paling mulia di antara umatku adalah orang-orang yg memelihara (menghafal Al-Quran) 
- (Hadith riwayat At-Tabrani)

Saturday 7 January 2012

GELISAHKANLAH hati dengan dosa..


TAKUTNYA jika dalam satu-satu hari, ada rasa happy..tapi Allah TIDAK REDHA dan TIDAK HAPPY pun dengan kita dan dengan apa yang kita happy..Allahhu Musta'an, GELISAHKANLAH hati dengan dosa..TENTERAMKANLAH hati dengan pahala.. 

Dari Wabishah bin Ma'bad, ia berkata: "Aku telah datang kepada Rasulullah, lalu beliau bersabda: "Apakah engkau datang untuk bertanya tentang KEBAJIKAN?" Aku menjawab, "Benar." Beliau bersabda: "Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu adalah apa-apa yang MENTENTERAMKAN jiwa dan MENENANGKAN hati; dan DOSA itu adalah apa-apa yang MERAGUKAN jiwa dan MERESAHKAN hati, walaupun orang-orang memberikan fatwa kepadamu dan mereka membenarkannya." 
(HR Ahmad dan Darimi, hadith hasan)

HARI yang baru, HATI yang baru!
Selamat memulakan hari..
Bismillah..

Aku hanya bermanja dgnNya.. Cinta & Syg pdaNya..



Seandainya diri kita BELUM punyai PASANGAN, usahlah risau..kerana di sana masih ada KETENTUAN Allah buat kita..tetapi sepatutnya yang kita perlu risaukan adalah jika IMAN kita BERKURANGAN, MARUAH kita DIBIARKAN dan hati kita menjadi KELAM dalam KEMAKSIATAN..bimbanglah apa yang sepatutnya kita bimbangkan dan lebihkan berfikir apa yang menjadi KEUTAMAAN..

 Tazkirah;

>>> Ingatlah, syaitan itu amat LICIK dalam mengukir angan-angan dan HAYALAN didalam hati kita sehingga membuat kita TERLUPA dan leka dengan apa yang PERLU dalam hidup ini..CINTA MANUSIA itu urusan Dia, cintakan Dia itu urusan kita..jangan sibukkan diri dengan urusan Dia sedangkan kita GAGAL menyempurnakan urusan kita..

D.O.S.A


Dgn nama Allaah yg maha pengasih lagi maha penyayang..

Sahabat bertanya Rasulullah s.a.w :
“Apakah itu DOSA?” 

Rasulullah menjawab :

“Dosa itu sesuatu yang MERESAHKAN HATIMU."

Apabila terlintas dan terjebak dengan DOSA, BERTAUBATLAH dan terus ‘HUKUM’ diri dengan melaksanakan SATU KEBAIKAN walaupun yang kita tidak suka..dalam keadaan berdosa sekalipun, ujian didatangkanNya sebagai satu PENGAMPUNAN..manakala dalam keadaan TAAT, ujian didatangkan untuk meningkatkan DARJAT..

>>> Ingatlah dan BERSABARLAH kerana bukankan Allah pernah berkata, seorang hamba itu belum dikatakan BERIMAN selagi dirinya BELUM DIUJI..ujian dari Allah adalah untuk menambahkan KEIMANAN dalam diri hambaNya, bukan untuk MENJAUHKAN diri dari Sang Pencipta..

Ingin berubah tetapi malu?


Aku ingin BERUBAH tapi aku MALU..

~..IMAN itu masih ada, tatkala hati TERKESAN dengan perbuatan DOSA yang dilakukan, itu bukti tandanya iman masih ada..PENYESALAN itu salah satu daripada peringkat taubat..buat diri yang RINDU akan kebaikan, apakah saat Allah mendatangkan penyesalan di hatimu, kamu mahu MELEPASKAN peluang ini? Apakah pada saat Allah membuka JALAN TAUBAT buatmu, kamu memilih untuk semakin MENJAUH daripadaNya walaupun tanpa kerelaan hanya kerana MALU dengan manusia sekeliling? Atau merasa diri itu terlalu KOTOR dan TIDAK LAYAK untuk diampunkan? 

>>> Wahai sahabatku, ketahuilah Dia Maha Pengampun..USAH pedulikan pandangan mereka dan mereka itu, tetapi utamakanlah pandangan si Dia (Allah s.w.t), dan ketahuilah Dia MENUNGGUMU untuk sujud kepadaNya..bersama AIR MATA taubat seorang hamba..='))

Malulah pada Allaah dan Rasul kita..


~Allah MELARANG melihat yang BUKAN MAHRAM, tetapi kita melihatnya bahkan lebih dari itu..lalu dengan apakah kita akan masuk SYURGANYA?

~ Allah MENYURUH mendirikan solat 5 waktu tetapi kita meninggalkannya dengan ALASAN KESIBUKKAN KERJA/SEKOLAH atau terlelap dalam tidur..lalu dengan apakah kita akan masuk syurgaNya?

~ Saat orang lain MENANGISI dosa-dosa kecil mereka, sedangkan kita masih mampu KETAWA dengan dosa-dosa BESAR yang telah kita lakukan..lalu dengan apakan kita akan masuk syurgaNya?

~ Saat orang lain memperjuangkan RISALAH ISLAM, tidak jemu BERDAKWAH menyeru umat..dan kita di sini tidak menyertai malah MENENTANGNYA dengan pelbagai ALASAN..lalu dengan apakah kita akan masuk syurgaNya?

~ Jika tidak ada satu KEBAIKAN pun yang kita lakukan semasa hidup di dunia ini, dalam agama kita..walaupun kita dilahirkan dalam ISLAM, hanya pada nama..bukan pada PERBUATAN dan AMALAN, malah sentiasa melakukan kejahatan..seolah-olah MATI itu jauh lagi dari kita..lalu dengan apakah kita akan masuk syurgaNya?

:
:
:

 Muhasabah;

>>>Syurga itu indah, manis dan kekal..semua insan mengimpikannya tetapi apakah RUANG KEBAIKAN, PERJUANGAN, USAHA yang telah kita perbuat untuk ke sana? Untuk mendapatkannya? Adakah hanya dengan ANGAN-ANGAN, hanya dengan IMPIAN..tanpa USAHA kukuh, TAWAKAL penuh, ISTIQAMAH berterusan..mampukah kita untuk MEREBUTNYA? 

Tidak berasa CEMBURUKAH, tidak berasa MALUKAH apabila melihat manusia BERSUNGGUH-SUNGGUH berjuang untuk islam, berusaha merebut apa yang telah DIJANJIKAN Allah..tanpa kenal erti putus asa, dan kita masih di sini..merenung dari KEJAUHAN tanpa memulakan usaha ke arah itu..MALULAH wahai diri, kata cintakan Allah dan Rasul tetapi masih INGKARI akan segala suruhanNya..malulah wahai diri, kata SYAITAN itu musuh yang NYATA tetap masih diri kita mengikuti jejak langkahnya ke NERAKA..malulah..


Muhasabah; Menjaga Pandangan


Wahai MUSLIMAH, BERHATI-HATILAH tatkala berbicara tentang KETAMPANAN seorang jejaka..jika kamu sudah mampu BERBICARA tentang bentuk tubuhnya dan dirinya yang kamu rasa ‘cukup mempesona’ lalu di manakah kamu campakkan firman Allah s.w.t yang bermaksud: 

“Katakanlah kepada wanita yang beriman Hendaklah mereka MENAHAN PANDANGANNYA…” 
(Surah An-Nur : 31)


>>> Ketahuilah, PERINTAH menundukkan pandangan itu BUKAN khas untuk Muslimin sahaja bahkan ia juga diperintahkan untuk Muslimah..

-Teguran khas untuk diri sendiri sebelum semua-

DUNIA..HALALNYA DIHISAB, HARAMNYA DIAZAB



“Ketahuilah oleh kamu, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah PERMAINAN dan sesuatu yang MELALAIKAN, perhiasan dan BERMEGAH-MEGAH di antara kamu serta berbangga-banggaan dengan banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang kerananya tumbuh tanam-tanaman yang membuat kagum para petani, kemudian tanaman itu menjadi KERING dan kamu lihat warnanya kuning lantas menjadi hancur. Dan di akhirat nanti ada AZAB yang KERAS dan AMPUNAN dari Allah serta keredhanNya. Dan kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah KESENANGAN yang MENIPU.” (Surah Al-Hadid: 20)

>>> Muhasabah;



Wahai sekalian sahabat, BERAMALLAH dari sekarang..TAKUTLAH Allaah, janganlah terpedaya dengan memanjangkan cita-cita lalu melupakan AJAL yang menanti..janganlah berusaha hanya untuk dunia, sesungguhnya dunia itu menipu, ia menghias dirinya untuk memperdayakan kamu, ia bercita-cita untuk MEMFITNAH kamu..berapa ramai orang yang ASYIK dan LALAI kepadanya, akhirnya BINASA.. Akhir sekali, letakkanlah dunia itu ditangan kita, bukan dihati.