Monday 6 December 2010

Ahlan Wasahlan 1432 Hijriah

 Bismillahirrahmanirrahiim..

InsyaAllah sebentar lgi tani akan masuk tahun bru,

eh TahuN baru????!! ;0
erm. pejam celik2.. akhir tahun dah
kalau lah buleh,cuba tani flash back balik,. apa yg tani dah buat dalam tahun ini?
apa dosa2 dan apa amalan tani?
Ya Allahh.ana sendiri pun nda pasti apa yg telah ana lakukan.. )'=
masa2 yg ana ada secara free ni, ana nda gunakan sebaiknya, malah di bazirkan..
namun..Allah tu sentiasa MAHA PEMURAH dan MAHA PENYANYANG. DIA masih lagi bgi peluang pada tani untuk terus hidup dan meningkatkan amalan tani
Allah bg peluang untuk tani belajar dari pengalaman dan kesaLahan
supaya lapas ni tani menjadi manusia yg lebih berhati2 dan mengambil berat soal akhirat
dan.. 
moga Allah hapus kan dosa2 lalu seperti tulisan pasir di tepi pantai ,yang akhirnya hilang di hempas ombak.
biarlah dosa ini di gugurkan ibarat daun yang gugur dikala musim luruh~
InshaAllah...
dan..disini ana sertakan doa awaltahun..
 
Doa Awal Tahun 


Bacalah doa ini tiga kali saat kita memasuki tanggal 1 Muharam. Bisa dilakukan selepas maghrib atau pun sesudahnya. Dengan doa ini kita sebagai Mu'min memohon kepada Allah Swt. agar dalam memasuki tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan.

Ertinya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung.
Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan,agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, Nabi yang ummi dan ke atas para keluarga dan sahabatnya.
 
 
p/s : jgn lupa pda 10 Muharram ye, jom berpuasa pda Hari asyura ;)

No comments:

Post a Comment