Monday 27 December 2010

okey now, the topic is.. marry me or nothing. Antara FITRAH Anugerah & FITRAH fitnah.

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

So here it goes~ after all the 'explainations' i heard from u, while i was acting cowardly silent (astaghfirullah) coz i wanted to hear ur 'ilmu' itu.. (= now,alhamdulillah..fahamlh sdikit tntang pandanganmu itu.. Astaghfirullahal 'aziim~ YA Allah, ampunilah dosa2 hamba dan juga dosa2 org yg berkenaan itu..Amiin.

Adalah perkara biasa kalau kita suka satu benda tu..kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..

FITRAH YANG MENJADI FITNAH 

cinta JAHILLIYAH,

yess, Rindu, perasaan kasih syang, cinta.. memang fitrah. Jiwa manusia memerlukan cinta sepertimana badan memerlukan makanan. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

 ALLAH tidak kurniakan cinta secara  begitu saja. Dia juga pencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar.
Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalin hubungan cinta. Di sinilah selalunya remaja terjebak kepada kesalahan yang terlarang. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan yang telah ditetapkan oleh ALLAH swt. Ketika itulah FITRAH telah menjadi FITNAH. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan. 

Mengapakah perlu ada peraturan cinta? 
Jawabnya kerana ALLAH swt mencintai manusia hambaNYA. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan.

 *****

Allah mmberikan kita fitrah itu lalu niatkanlah dgn fitrah itu boleh mnghampiri kita kepada Allah swt. Cintailah sesiapa pun, tetapi pastikan cinta itu dpt memudahkan kita mncintai Allah. jdi, bgaimana caranya? :)

iringilah dgn niat untuk berkahwin krana berkahwin itu lbih memudahkan seorang lelaki atau seorang perempuan  itu menyempurnakan agamanya. Sabda Rasulullah - " Apabila seorang berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lgi separuh untuk disempurnakannya" ketika itulah FITRAH akan menjadi ANUGERAH!

After all, my relationship with Allah isn't anywhere close to perfection. So, might as well just focus in obtaining His pleasure. Life's all about trying to get His pleasure. Because we believe in the Hereafter, where only the ones He wishes good upon will be given the ticket to Heaven. So, while I still can, I should try to obtain that ticket than to WASTE my time trying to figure who I'll end up with by testing out a number of boys. If he's the man, then he's the man. And I'll figure that man out after I marry him. If He lets it be, than it is He who will take care of it, as always. As the saying goes, if He puts you in it, He'll pull you through it :))

Rasulullah SAW memulakan dakwahnya dengan cinta, mendokong dakwahnya berbekalkan cinta dan meninggalkan dunia ini dengan mewariskan cinta. Cinta baginda kepada Allah Ar Rahman sehingga seluruh kehidupan ini hanya untukNya. Cinta itulah yang telah memuliakan generasi pertama yang selama ini hidup dalam kebencian, teraba-raba dalam kegelapan lalu jatuh ke lembah nista dan hina.
   
Biarlah aku diperli, diejek, asalkn niat kerana Allah, tiada apa yg layak diambil kira :)
Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berfikir?

(Al-Baqarah, ayat 44)

Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.

(Al-Baqarah ayat 42)

Wahai yg berkenaan,
bukankah kamu mengagungkan perempuan seperti Saidatina Khadijah, Saidatina Fatimah Az-zahra? bukankah kmu mngatakan bahawa kmu mencintai Rasulullah dan sunnahnya?  Para-para sahabat & juga sahabiah.. pernahkah dlm sejarah mengatakan mereka-mereka ini bercinta sebelum bernikah? Mencontohi sunnah rasulullah itu, 'extremist' kah bgimu?? bukankah kmu org yg mahu mencontohi sifat2 Rasulullah? knapa begini? knapa sanggup memutar-belitkan fikiran ana? 

 Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.

(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

Dlm ayat ini, Sebenarnya syaitan telah buat kita pandang indah benda buruk yang kita lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat kita terjerumus ke dalam kemaksiatan.

Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia.

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Al Baqarah : 216)

Allah 'alam. 

May peace and Allah's love and barakah be upon you.

No comments:

Post a Comment